Palace rai kemenangan bersejarah di Liga Konferensi
Palace rai kemenangan bersejarah di Liga Konferensi

London: Crystal Palace bangkit rai kemenangan pertama di laman sendiri dalam saingan Eropah selepas menewaskan AZ Alkmaar 3-1 pada aksi Liga Konferensi UEFA, awal pagi tadi.
Selepas dikejutkan dengan kekalahan kepada AEK Larnaca dari Cyprus di Selhurst Park sebelum ini, Palace akhirnya menamatkan badi dengan kemenangan bersejarah di peringkat utama kejohanan Eropah.
Gol pembukaan dijaringkan oleh Maxence Lacroix sebelum Ismaila Sarr meledak dua gol untuk memastikan kemenangan skuad bimbingan Oliver Glasner yang kini mengumpul enam mata selepas tiga perlawanan peringkat kumpulan.
“Kami sangat gembira. Kekalahan sebelum ini amat mengecewakan, tetapi kami berjanji mahu menghadiahkan kemenangan buat penyokong. Mereka memang layak mendapatnya,” kata Lacroix.
Penyerang antarabangsa Perancis, Jean-Philippe Mateta, gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-17 dan seketika ia tampak seperti nasib malang di laman sendiri akan berulang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Namun, Palace mendahului pada minit ke-22 apabila Lacroix melepaskan rembatan tajam hasil tolakan rakan sepasukan, sebelum Sarr menggandakan kedudukan tepat sebelum rehat.
Peluang AZ Alkmaar kembali cerah selepas rembatan Sven Mijnans terkena pertahanan dan menewaskan penjaga gol pada minit ke-54, namun tiga minit kemudian Sarr sekali lagi mempamerkan sentuhan penyudah kemas bagi mengesahkan kemenangan Palace.
Dalam satu lagi aksi, Mainz bangkit menewaskan Fiorentina 2-1 hasil jaringan kemenangan Lee Jae-sung pada minit ke-95. Fiorentina yang juga dua kali naib juara kejohanan berkenaan terlebih dahulu di depan menerusi Simon Sohm, namun Mainz menyamakan kedudukan menerusi Benedict Hollerbach sebelum Lee memastikan tiga mata mutlak buat tuan rumah.
Mainz kekal dengan rekod sempurna selepas tiga perlawanan, bersama dua lagi pasukan iaitu Samsunspor dari Turkiye dan Celje dari Slovenia. Samsunspor menewaskan Hamrun Spartans dari Malta 3-0, manakala Celje menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit separuh masa kedua untuk menumpaskan Legia Warsaw 2-1.
Sementara itu, Aberdeen terikat tanpa jaringan dengan AEK Larnaca, manakala Shakhtar Donetsk menewaskan Breidablik dari Iceland 2-0 di Krakow, Poland.
Dynamo Kyiv berpesta gol apabila menumpaskan Zrinjski dari Bosnia 6-0 di Lublin, Poland, sementara Rayo Vallecano menewaskan Lech Poznan 3-2 dan kelab Ligue 1, Strasbourg, meraih kemenangan 2-1 ke atas Hacken di Sweden.
Palace rai kemenangan bersejarah di Liga Konferensi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.