Nubhan Gelar Isteri ‘Amber Heard’

Netizen Dakwa Sindir Isteri Susulan Kemelut Rumah Tangga

Nubhan Gelar Isteri ‘Amber Heard’

Nubhan Gelar Isteri ‘Amber Heard’

Hanya dua perkataan, namun cukup untuk mencetuskan gelombang tanda tanya besar di media sosial selepas penyanyi Nubhan memuat naik perkongsian itu di akaun Threads miliknya. Ramai berpendapat hantaran tersebut bukan sekadar gurauan biasa, sebaliknya berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada isterinya, Dr. Afifah Hidayah.

Nubhan Gelar Isteri ‘Amber Heard’

Tidak lama selepas itu, tangkap layar status tersebut mula tular dan mengundang pelbagai spekulasi. Warganet pantas mengaitkan kenyataan itu dengan isu rumah tangga pasangan berkenaan yang sedang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

“Beria-ia Nubhan nak samakan isteri kau dengan Amber Heard ke? Kalau sama sekali pun tak perlu muat naik, baik kau diam je,” tulis seorang pengguna di Threads, manakala ada juga yang menyindir, “Dia ni lebih kurang Jofliam juga, suka merajuk dan merentan di media sosial. Nasib baik isteri dia ada kerjaya sendiri.”

Tidak kurang juga yang mempersoalkan tindakan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia itu yang seolah-olah mahu memburukkan imej bekas isterinya di ruang awam.

Nubhan Gelar Isteri ‘Amber Heard’

“Harap-harap bini dia tak ‘get back’ dengan dia. Dah macam-macam dia buat nak nampak isteri dia teruk,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Untuk rekod, nama Amber Heard yang disebut Nubhan itu bukan asing dalam dunia hiburan antarabangsa. Pelakon tersebut pernah menjadi tumpuan dunia pada tahun 2022 apabila kes mahkamah membabitkan dakwaan penderaan rumah tangga antara dirinya dan bekas suami, Johnny Depp, mencetuskan sensasi global. Heard turut dilaporkan mempunyai masalah gangguan personaliti seperti Borderline Personality Disorder (BPD) dan Histrionic Personality Disorder (HPD) – justeru, hantaran Nubhan itu disalah tafsir seolah-olah menyamakan isterinya dengan aktres berkenaan.

Nubhan Gelar Isteri ‘Amber Heard’

Dalam perkembangan lain, semalam Nubhan dilaporkan memfailkan permohonan hak penjagaan (hadanah) terhadap tiga anak hasil perkahwinan mereka, Aafiyah, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3, ketika kes pengesahan perceraian mereka masih dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan tarikh sebutan kedua bagi merekod persetujuan hasil perbincangan plaintif dan defendan pada 26 November ini.

[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar- “Tak Baiklah Korang”

Tidak lama selepas isu “Amber Heard” tular, Afifah pula dilihat memuat naik kenyataan di Threads yang menyentuh mengenai tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak walaupun sudah berpisah. Ramai menganggap hantaran itu sebagai respons halus terhadap tindakan Nubhan.

Nubhan Gelar Isteri ‘Amber Heard’

Pasangan ini mendirikan rumah tangga selama 10 tahun sebelum Nubhan dilaporkan memfailkan pengesahan lafaz talak terhadap isterinya baru-baru ini. Mahkamah Rendah Syariah Sepang menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh sebutan bagi kes pengesahan lafaz cerai tersebut.

Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Nubhan mahupun Afifah berhubung makna sebenar di sebalik perkataan “Amber Heard” itu, satu yang pasti– hantaran ringkas tersebut telah mencetuskan perdebatan hangat dan membuka episod baharu dalam kemelut rumah tangga mereka yang kini menjadi perhatian ramai.

Nubhan Gelar Isteri ‘Amber Heard’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker