Noor Arlyana hilang sejak Rabu

Noor Arlyana hilang sejak Rabu

Noor Arlyana hilang sejak Rabu
Noor Arlyana Khairul Alief berkulit sawo matang, berwajah tirus, mempunyai ketinggian 150 sentimeter dan bentuk badan yang kurus. – Foto PDRM

SEREMBAN: Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kawasan perumahan di Taman Nilai Perdana, Nilai, dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan remaja berusia 15 tahun itu pada jam 8.58 pagi semalam.

“Remaja hilang itu dikenali sebagai Noor Arlyana Khairul Alief yang berkulit sawo matang, berwajah tirus, mempunyai ketinggian 150 sentimeter dan bentuk badan yang kurus.

“Mereka yang mengenali dan terlihat remaja itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Raid Aiman Norzamri melalui talian 019-4440996 atau ke balai polis berdekatan atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai melalui talian 06-7904389 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noor Arlyana hilang sejak Rabu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker