Napoli diasak pencabar rapat

Napoli diasak pencabar rapat

Napoli diasak pencabar rapat
NAPOLI azam bangkit. FOTO AFP

Rom: Juara bertahan Serie A, Napoli, kini berdepan tekanan hebat di puncak liga apabila sebarang keputusan selain kemenangan ketika menentang Bologna hujung minggu ini boleh menyebabkan mereka jatuh sehingga ke tangga keempat.

Skuad bimbingan Antonio Conte itu kini mengumpul 22 mata, hanya satu mata mengatasi tiga pencabar terdekat, Inter Milan, AC Milan dan AS Roma, yang masing-masing mengintai peluang untuk mengambil alih kedudukan pendahulu.

Napoli sebelum ini sekadar seri tanpa jaringan dengan Como, manakala kekurangan sentuhan kreatif akibat ketiadaan Kevin De Bruyne yang cedera paha jelas memberi kesan besar kepada jentera serangan mereka.

Dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) minggu ini, Napoli sekali lagi gagal menjaringkan gol apabila diikat Eintracht Frankfurt 0-0 di laman sendiri.

Conte turut kehilangan dua tonggak utama, Leonardo Spinazzola dan Billy Gilmour, yang cedera ketika menentang Como, dan mengakui jadual padat antara saingan domestik dan Eropah menjadi cabaran utama pasukannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Kami semua perlu faham, ia lebih sukar buat pemain, pasukan perubatan dan saya untuk mempersiapkan perlawanan setiap tiga hari,” kata Conte kepada Sky Sport Italia.

“Masalah kecederaan dan keletihan semakin ketara, tapi kami cuba tangani sebaik mungkin.”

Sementara itu, Bologna kendalian Vincenzo Italiano yang memulakan musim dengan hambar kini melonjak ke tangga kelima selepas tujuh perlawanan tanpa kalah, hanya empat mata di belakang Napoli.Inter kembali dalam perebutan

Inter Milan kembali ke landasan perebutan kejuaraan selepas bangkit dengan dua kemenangan berturut-turut, termasuk kejayaan dalam saingan UCL apabila menewaskan Kairat Almaty 2-1 untuk mencatat empat kemenangan berturut-turut di pentas Eropah.

Skuad Cristian Chivu itu akan menentang Lazio pada Ahad, lawan yang kini juga menemui rentak selepas tidak tewas dalam enam perlawanan terakhir dan tidak bolos dalam empat aksi terakhir mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Sementara itu, AC Milan kekal tanpa kalah sejak tewas pada aksi pembukaan musim menentang Cremonese dan akan berdepan Parma yang hanya mencatat satu kemenangan dalam 10 perlawanan.

AS Roma pula berpeluang bangkit selepas tewas 0-1 kepada Milan apabila melayan kunjungan Udinese di Stadio Olimpico, manakala Juventus yang kini di tangga keenam, empat mata di belakang Napoli, akan turun menghadapi Torino dalam aksi tetangga Turin di bawah kendalian pengurus baharu, Luciano Spalletti.

Torino mempunyai rekod buruk apabila gagal menang dalam 20 pertemuan liga terakhir menentang Juventus, dengan kemenangan terakhir di laman lawan direkodkan pada 1995.

Napoli diasak pencabar rapat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker