Jurujual wanita mati dibunuh, polis tahan suspek kelima

Jurujual wanita mati dibunuh, polis tahan suspek kelima

Jurujual wanita mati dibunuh, polis tahan suspek kelima
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang jurujual wanita yang ditemui mati dalam keadaan bogel dengan tangan terikat berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, berkata tangkapan terbaharu itu membabitkan seorang lelaki tempatan menjadikan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan setakat ini seramai lima orang.

Beliau berkata, suspek kelima itu direman lima hari sehingga 10 November ini bagi membantu siasatan.

“Tiga suspek lelaki sebelum ini direman selama lima hari bagi reman pertama, disambung tiga hari bagi reman kedua yang tamat pada 7 November (esok).

“Suspek keempat iaitu seorang wanita juga direman lima hari bagi reman pertama dan disambung tiga hari lagi bagi reman kedua yang tamat Sabtu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, tiga lelaki yang ditahan dalam serbuan Jumaat lalu membabitkan bekas teman lelaki dan abang angkat mangsa berusia antara 24 hingga 30 tahun.

Suspek keempat yang juga wanita berusia 30-an pula adalah rakan serumah mangsa di kawasan kediaman di Taman Castlefield, Cheras, di sini.

Menurut Muhamad Farid, laporan bedah siasat berhubung punca kematian masih belum diperoleh kerana menunggu keputusan analisis makmal.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif pembunuhan.

Mayat mangsa berusia 24 tahun dan bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Ampang dan kedai serbaneka di Bukit Bintang, ditemui orang awam pada jam 3.45 petang, 29 Oktober lalu selepas terhidu bau mencurigakan ketika melalui kawasan Jalan Anggerik, Seri Kembangan.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jurujual wanita mati dibunuh, polis tahan suspek kelima


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker