Hasrat bercuti ke England tak kesampaian, 2 pasangan kekasih ditahan bersama dadah RM8.3 juta
Hasrat bercuti ke England tak kesampaian, 2 pasangan kekasih ditahan bersama dadah RM8.3 juta

SEPANG: Hasrat dua pasangan kekasih ke Manchester, England tidak kesampaian selepas mereka ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kerana disyaki menjadi keldai dadah.
Kedua-dua pasangan warga tempatan berusia lingkungan 20-an itu ditahan pada Isnin lalu bersama 68 bungkus dadah, disyaki kanabis yang disembunyikan dalam empat beg seberat 86 kilogram dengan nilai dianggarkan RM8.3 juta.
Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata semua suspek ditahan kira-kira jam 8.15 malam apabila salah satu pasangan tidak dibenarkan menaiki penerbangan dan bagasi mereka diperiksa semula melalui imbasan.
“Imbasan ke atas bagasi itu mengesan dadah jenis kanabis. Susulan itu pasangan berkenaan serta satu lagi pasangan yang turut mendaftar masuk sebelumnya ditahan,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.
Terdahulu, dua pasangan terbabit menaiki bas dari Johor ke Pulau Pinang sebelum ke LTAPP untuk ke destinasi yang dijanjikan. Siasatan mendapati seorang daripada suspek bekerja di syarikat minyak dan gas, dua lagi pemandu e-hailing, manakala seorang bekerja sendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Shuhaily berkata, berdasarkan siasatan awal, semua suspek mengaku menerima tawaran kerja menerusi aplikasi TikTok yang menawarkan upah lumayan antara RM8,000 hingga RM11,000 bagi membawa barangan.
“Hasil semakan turut mendapati semua suspek baru pertama kali membuat pasport dan tiada sebarang rekod jenayah. Kes diserahkan sepenuhnya kepada Bahagian Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan tawaran kerja dalam talian dan sentiasa berwaspada dengan individu tidak dikenali.
Hasrat bercuti ke England tak kesampaian, 2 pasangan kekasih ditahan bersama dadah RM8.3 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.