Hamilton nafi bakal tinggalkan Ferrari
Hamilton nafi bakal tinggalkan Ferrari

Sao Paulo: Lewis Hamilton menolak dakwaan bahawa dia mungkin tidak akan terus berlumba bersama Ferrari selepas musim 2025 yang amat mengecewakan susulan perpindahannya dari Mercedes.
Juara dunia tujuh kali itu kini mencatat rekod tidak diingini selepas gagal menaiki podium dalam 20 perlumbaan tempoh terpanjang dalam sejarah Ferrari dan hanya berada di tangga keenam dalam kedudukan pemandu dengan 146 mata, iaitu 64 mata di belakang rakan sepasukannya, Charles Leclerc.
Selepas satu lagi perlumbaan mengecewakan di Grand Prix Bandar Mexico bulan lalu, di mana dia dikenakan penalti 10 saat yang dianggap keras, timbul khabar angin bahawa Hamilton mungkin akan digantikan oleh pemandu Britain berusia 20 tahun, Oliver Bearman pelumba pelapis Ferrari yang kini bersama pasukan Haas.
Bearman, menamatkan saingan di tempat keempat di Mexico dan menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam musim pertamanya, turut menolak dakwaan itu sebagai tidak realistik.
Spekulasi mengenai masa depan Hamilton semakin hangat sepanjang musim penuh turun naik bersama Ferrari, yang menyaksikan dia gagal menaiki podium sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam 19 tahun kariernya di F1 selain turut mendesak perubahan terhadap amalan kerja dalam pasukan Ferrari.
Keadaan itu turut diburukkan dengan desas-desus mengenai masa depan ketua pasukan, Fred Vasseur, serta penamatan khidmat jurutera prestasi, Riccardo Corte, yang baru meninggalkan Ferrari.
Hamilton turut mengulas lebih lanjut mengenai gesaannya terhadap badan induk sukan itu, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), agar mempertingkat prosedur penalti selepas beberapa insiden kontroversi di Mexico.
Hamilton adalah satu-satunya daripada beberapa pemandu yang memotong selekoh dan kembali ke trek yang dikenakan hukuman, dan dia menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kekurangan penjelasan serta ketelusan dalam keputusan itu.
“Saya fikir inilah sebahagian daripada isu besar membabitkan ketelusan dan akauntabiliti, serta rahsia di sebalik keputusan yang dibuat tanpa penjelasan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Ia perkara yang perlu ditangani dan diperbaiki, tetapi saya tidak pasti sama ada mereka sedar bahawa keputusan seperti ini boleh menjejaskan kerjaya seseorang dan menentukan kejuaraan, seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Ada banyak perkara yang perlu diperbaiki.”
Hamilton nafi bakal tinggalkan Ferrari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.