Fatiya Latiff Tegas Kahwin Tak Wajib

“Salah Pilih Pasangan, Hari-Hari Tengok Muka Pun Bosan”

Fatiya Latiff Tegas Kahwin Tak Wajib

Fatiya Latiff Tegas Kahwin Tak Wajib

Tiada angin tiada ribut, pelakon Fatiya Latiff sekali lagi mencuri perhatian apabila meluahkan pandangannya mengenai isu perkahwinan yang dianggap bukan satu kewajipan dalam kehidupan. Pandangan tersebut dikongsikan menerusi platform Threads, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan warganet yang mengikuti perkembangan pelakon drama popular Ariana Rose itu.

Fatiya Latiff Tegas Kahwin Tak Wajib

Menurut Fatiya atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 38, ramai terlalu menjadikan perkahwinan sebagai matlamat utama dalam hidup sedangkan ia bukan sesuatu yang wajib. Malah, katanya, kesilapan memilih pasangan boleh mengundang penderitaan dan menjurus kepada kegagalan rumah tangga.

“Kenapa orang selalu fikir fasal kahwin. Kahwin kan tak wajib. Selepas itu kalau salah pilih pasangan nanti bercerai juga atau terseksa seumur hidup. Hari-hari tengok muka pun bosan juga,” tulisnya.

Kenyataan itu segera menjadi bualan ramai dengan rata-rata bersetuju bahawa kebahagiaan tidak semestinya datang daripada perkahwinan. Ada yang berpendapat hidup bersendirian boleh menjadi pilihan terbaik jika ia membawa ketenangan.

Fatiya Latiff Tegas Kahwin Tak Wajib

“Betul itu, kahwin bukan wajib. Salah pilih pasangan boleh buat hidup stres, bosan atau bercerai. Hidup sendiri pun boleh bahagia, paling penting pilih ikut hati bukan tekanan orang,” komen seorang peminat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Ada juga yang menyokong pandangan Fatiya dengan menegaskan bahawa setiap individu mempunyai jalan hidup berbeza dan tidak perlu menjadikan perkahwinan atau anak sebagai ukuran kejayaan hidup.

“Segelintir orang letak perkahwinan dengan anak sebagai sasaran hidup. Ada yang tak masukkan pun, selagi awak gembira maka okey saja,” tulis seorang lagi pengikut.

Fatiya Latiff Tegas Kahwin Tak Wajib

Fatiya sebelum ini sering berkongsi pandangan jujur mengenai isu sosial, wanita dan kehidupan peribadi di media sosial. Pendiriannya yang tegas dan berani bersuara sering mengundang pelbagai reaksi, namun kali ini ramai memuji keberaniannya menolak tekanan masyarakat terhadap wanita yang belum berkahwin. Bagi Fatiya, kebahagiaan sejati bukan terletak pada status perkahwinan, tetapi pada ketenangan diri dan kebebasan menentukan arah hidup sendiri.

Fatiya Latiff Tegas Kahwin Tak Wajib

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker