Enam wakil EPL mengganas

Enam wakil EPL mengganas

Enam wakil EPL mengganas
PERATURAN yang memastikan kelab dari negara sama tidak bertemu di peringkat kumpulan turut memberikan sedikit kelebihan kepada wakil England. FOTO Reuters

London: Enam kelab Liga Perdana Inggeris terus membuktikan kehebatan mereka di pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini apabila kesemuanya berada dalam kelompok 12 teratas selepas separuh saingan peringkat kumpulan.

Dominasi ini hadir hasil kekuatan kewangan luar biasa pasukan-pasukan England, dengan lima daripada enam kelab meraih kemenangan minggu ini, sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana negara dalam satu minggu perlawanan sebelum ini.

Empat pasukan kini menghuni kelompok lapan teratas yang menjamin slot automatik ke pusingan 16 terbaik, sementara kesemua enam wakil berada dalam kelompok 12 teratas carta keseluruhan.

Daripada 24 perlawanan setakat ini, mereka menang 17 kali dan hanya tewas tiga.

Arsenal berada di tangga kedua dengan 12 mata, di belakang Bayern Munich hanya menerusi perbezaan jaringan dan kekal sebagai satu-satunya pasukan yang belum dibolosi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Manchester City melonjak ke tangga keempat selepas membenam Borussia Dortmund 4-1, manakala Liverpool menewaskan Real Madrid untuk menghuni tangga kelapan, dua anak tangga di bawah Newcastle United yang meraih kemenangan ketiga berturut-turut selepas menundukkan Athletic Bilbao.

Sementara itu, Tottenham Hotspur kekal tanpa kalah di tangga ke-10 selepas membelasah FC Copenhagen 4-0, dibantu jaringan menakjubkan Micky van de Ven yang kini disebut calon ‘Gol Terbaik Musim Ini’.

Chelsea pula di tangga ke-12 selepas seri mengejut 2-2 menentang Qarabag FK, namun kedua-dua kelab London itu masih berpeluang mara ke playoff walaupun menamatkan saingan di luar kelompok lapan teratas.

Sekiranya semua enam kelab ini berjaya mara ke pusingan 16 terbaik, ia akan memecahkan rekod lima kelab dari satu negara yang layak ke pusingan kalah mati, pencapaian yang dicatat England pada musim 2017.

Dominasi England ini tidak menghairankan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Jendela perpindahan musim panas lalu menyaksikan kelab Liga Perdana membelanjakan lebih £3 bilion (RM18.3 bilion), jumlah tertinggi dalam sejarah dan melebihi gabungan keseluruhan lima liga utama Eropah lain (Bundesliga, La Liga, Serie A dan Ligue 1).

Peraturan yang memastikan kelab dari negara sama tidak bertemu di peringkat kumpulan turut memberikan sedikit kelebihan kepada wakil England sebelum undian pusingan kalah mati pada Januari depan.

Namun, kelebihan itu belum menjamin kejuaraan mutlak.

Musim lalu, Paris Saint Germain (PSG) menyingkirkan tiga wakil England, Liverpool, Arsenal dan Aston Villa, sebelum muncul juara, manakala Manchester City pula disingkirkan Real Madrid di pusingan 16 terbaik.

Walaupun memiliki kekuatan kewangan luar biasa, hanya tiga kelab England memenangi UCL dalam 13 edisi terakhir, berbanding tujuh gelaran milik kelab Sepanyol.

Beberapa gergasi Eropah lain kini bergelut apabila Benfica dan Ajax Amsterdam masih tanpa sebarang mata selepas empat perlawanan, sementara Juventus berada di luar kelompok 24 terbaik dengan rekod tanpa kemenangan.

Enam wakil EPL mengganas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker