Ceroboh perairan negara, dua bot nelayan asing, 10 kru ditahan
Ceroboh perairan negara, dua bot nelayan asing, 10 kru ditahan

SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan dua bot nelayan Indonesia bersama kru selepas disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa permit di perairan negara, pagi Rabu lalu.
Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh, berkata kedua-dua bot terbabit ditahan ketika rondaan operasi dalam Op Ehsan, Op Murni dan Op Tirin di perairan Selangor.
Kedua-dua bot nelayan asing terbabit ditahan jam 11 pagi dan 11.30 pagi di kedudukan 12.7 batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong.
“Pemeriksaan awal mendapati, setiap bot masing-masing dikendalikan oleh seorang tekong, bersama empat kru berusia dalam lingkungan 29 hingga 62 tahun.

“Siasatan lanjut mendapati, kedua-dua bot terbabit berasal dari Indonesia dan semua kru tidak memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Abdul Muhaimin berkata, bot bersama kru yang ditahan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Selangor.
“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Ceroboh perairan negara, dua bot nelayan asing, 10 kru ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.