Angkara kucing, sanggup acu senjata pada jiran
Angkara kucing, sanggup acu senjata pada jiran

BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Chon Buri, Thailand mengugut jirannya menggunakan sepucuk pistol kelmarin hanya gara-gara seekor kucing, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu berbuat demikian selepas kucing jirannya yang bernama Panda, memakan rumput di hadapan rumahnya.
Tindak balas itu menyebabkan pertengkaran berlaku antara Su dan mangsa yang dikenali sebagai Yongyot.
Pada malam sama, anak lelaki Su yang pulang ke rumah selepas tamat bekerja menghampiri Yongyot sambil memegang sepucuk pistol.
Menurut Yongyot, lelaki tersebut mengugut untuk menembak dan mencabarnya bertumbuk.
Dalam rakaman televisyen tertutup (CCTV), Su kelihatan cuba meleraikan keadaan dengan menarik anak lelakinya masuk semula ke dalam rumah bagi mengelakkan kejadian menjadi lebih ganas.
Yongyot kemudian membuat laporan berhubung ugutan bersenjata di Balai Polis Si Racha. – AGENSI
Angkara kucing, sanggup acu senjata pada jiran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.