Adik usia 2 tahun tersepit mesin di KKIA, kakak umur 3 tahun terdedah radiasi

Adik usia 2 tahun tersepit mesin di KKIA, kakak umur 3 tahun terdedah radiasi

Adik usia 2 tahun tersepit mesin di KKIA, kakak umur 3 tahun terdedah radiasi
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di mesin penghantar bagasi di KKIA, Kota Kinabalu, malam tadi.

KOTA KINABALU: Dua beradik masing-masing berusia dua dan tiga tahun berdepan detik cemas membabitkan mesin tali sawat pengangkut bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini malam tadi.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan tersepit pada mesin berkenaan, manakala kakaknya berusia tiga tahun pula terdedah kepada radiasi alat berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Mohd Hannis Mokthar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.52 malam sebelum sepasukan anggota pasukan itu dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati dua kanak-kanak dipercayai memasuki kawasan mesin penghantar bagasi di ruang pemeriksaan KKIA. Kami bertindak menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dua kanak-kanak itu diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dihantar ke Hospital Likas bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dilaporkan selamat dan operasi ditamatkan jam 10.20 malam selepas dipastikan tiada lagi risiko di lokasi

Sehubungan itu, Mohd Hannis menasihatkan orang awam, khususnya ibu bapa agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak di kawasan awam bagi mengelakkan kejadian sedemikian berulang.

 

Adik usia 2 tahun tersepit mesin di KKIA, kakak umur 3 tahun terdedah radiasi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker