Singapura bakal laksana hukuman sebat terhadap ‘scammer’

Singapura bakal laksana hukuman sebat terhadap ‘scammer’

Singapura bakal laksana hukuman sebat terhadap ‘scammer’
GAMBAR fail sebuah mahkamah di Singapura. – Foto AFP

SINGAPURA – Singapura merancang untuk melaksanakan hukuman sekurang-kurangnya enam kali sebatan terhadap ‘scammer’ atau penipu internet di negara itu, lapor laman berita VnExpress semalam.

Menteri Kanan bagi Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, Sim Ann mengumumkan perkara tersebut kepada ahli-ahli parlimen ketika negara itu memperhebatkan tindakan terhadap sindiket penipuan susulan kerugian tertinggi akibat penipuan internet.

Ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu mengalami kerugian kira-kira SGD$3.7 bilion (RM11.87 bilion) akibat penipuan antara tahun 2020 hingga separuh pertama 2025 dengan 190,000 kes dilaporkan dalam tempoh tersebut.

“Kami akan memperkenalkan hukuman sebat mandatori bagi penipu di internet,” kata Ann ketika membentangkan baccan kali kedua pindaan kepada Kanun Keseksaan Singapura.

Menurut Channel News Asia, di bawah Rang Undang-Undang (Pindaan Pelbagai) Undang-Undang Jenayah, penipu dan individu yang merekrut atau mengambil bahagian dalam sindiket penipuan akan menerima hukuman antara enam hingga 24 sebatan.

“Sindiket-sindiket ini menggerakkan sumber yang besar untuk menjalankan dan meraih keuntungan daripada aktiviti penipuan serta mereka mempunyai tahap kesalahan yang paling tinggi,” kata Ann. – AGENSI

Singapura bakal laksana hukuman sebat terhadap ‘scammer’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker