Polis Melaka tumpas sindiket penipuan pekerjaan dalam talian sasar rakyat Ecuador
Polis Melaka tumpas sindiket penipuan pekerjaan dalam talian sasar rakyat Ecuador

MELAKA: Polis negeri ini menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi sebagai pusat panggilan antarabangsa di Taman Paya Rumput Perdana, Tanjung Minyak, di sini semalam.
Dalam serbuan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka bersama Cawangan D7 (Perjudian, Maksiat dan Gangsterisme) IPD Melaka Tengah, 16 individu berjaya ditahan termasuk 10 warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata hasil siasatan mendapati semua suspek ditahan itu bekerja sebagai operator panggilan yang menerima gaji kira-kira RM4,000 sebulan.
Katanya, premis berkenaan dijadikan pusat panggilan penipuan dalam talian yang menyasarkan mangsa di Ecuador menerusi kaedah pengunaan aplikasi WhatsApp dan Telegram untuk memperdaya mangsa kononnya membeli barangan seperti pakaian dan jam tangan menerusi laman sesawang palsu dikenali sebagai SHEIN Mall.
“Mangsa yang terpedaya diarahkan membuat pembelian kali kedua sebelum ditawarkan peluang menjual semula barangan itu kepada pembeli lain dengan harga lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Dzulkhairi berkata sindiket itu kemudian berkongsi kononnya keuntungan jualan bersama mangsa dan memaksa mereka melakukan beberapa pembelian tambahan sebelum memutuskan komunikasi apabila mangsa memaklumkan sudah kehabisan wang.
Katanya, semua transaksi dilakukan secara dalam talian menggunakan mata wang dollar Amerika Syarikat melalui laman sesawang palsu yang direka khas untuk tujuan penipuan.
“Menerusi operasi itu, polis merampas pelbagai peralatan komputer dianggarkan bernilai RM20,000 termasuk 16 unit komputer, 32 unit monitor, 16 papan kekunci, 16 tetikus, satu modem, dua router dan dua peranti rangkaian internet,” katanya.
Dzulkhairi berkata semua suspek kini direman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Penipuan), Seksyen 120B Kanun Keseksaan (Pakatan Jenayah), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Tinggal Melebihi Tempoh) dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1969 (Melanggar Syarat Pas).
Beliau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap tawaran kerja sambilan mencurigakan dan menasihatkan supaya membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum menerima sebarang tawaran kerja.
Polis Melaka tumpas sindiket penipuan pekerjaan dalam talian sasar rakyat Ecuador
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.