Polis Johor rampas 115kg dadah bernilai lebih RM11 juta dalam serbuan di rumah teres

Polis Johor rampas 115kg dadah bernilai lebih RM11 juta dalam serbuan di rumah teres

Polis Johor rampas 115kg dadah bernilai lebih RM11 juta dalam serbuan di rumah teres
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad menunjukkan antara dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. – NSTP/NAJMI NOR’AZAM

JOHOR BAHRU: Polis Johor merampas 115.09 kilogram (kg) dadah bernilai RM11.4 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata serbuan dilakukan semalam dan kelmarin, hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor.

Katanya, seorang lelaki tempatan penjaga stor berumur 55 tahun turut ditahan.

“Pemeriksaan di rumah membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah antaranya 17 paket disyaki berisi pil ekstasi (25.24 kg), 22 paket plastik disyaki syabu (23.10 kg),13 paket plastik disyaki serbuk MDMA (22.43 kg) dan 13 paket plastik disyaki ketamin (13.40 kg).

“Turut dirampas 300 paket plastik disyaki ketamin (11.51 kg), sebanyak 6,000 papan kerajang timah dadah disyaki pil eramin ‘five’ (19.41 kg) dan pelbagai peralatan memproses dadah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Jumlah dadah dirampas ialah 115.09 kg dengan nilai dianggar RM11.4 juta.

“Sindiket dipercayai aktif sejak Julai lalu, menjadikan rumah teres berpagar dan berpengawal yang disewa sebagai stor dadah sebelum diedar ke pasaran tempatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Ab Rahaman berkata, turut disita sebuah Toyota Vios dan wang tunai bernilai RM10,000.

“Ujian awal saringan air kencing suspek adalah negatif manakala pemeriksaan mendapati dia mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah, jenayah dan trafik.

“Rumah itu dijadikan stor dan memproses dadah. Dadah serbuk dijadikan cecair dan dijual sebagai minuman di pusat hiburan.

“Siasatan masih dijalankan dan ada ahli sindiket masih dikesan.

“Suspek direman tujuh hari bermula semalam manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 

Polis Johor rampas 115kg dadah bernilai lebih RM11 juta dalam serbuan di rumah teres

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker