Lubang benam selebar lima meter, Jalan Kenari ditutup
Lubang benam selebar lima meter, Jalan Kenari ditutup

BAYAN LEPAS: Aliran trafik di Jalan Kenari, Sungai Ara di sini, ditutup sehingga esok bagi memberi laluan kerja pembaikan susulan pembentukan lubang benam.
Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata, pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang sedang melaksana kerja mitigasi kecemasan.
“Kita sudah terima maklumat mengenai kejadian lubang benam yang berlaku di persimpangan Jalan Kenari dan Jalan Dato Ismail Hashim.
“Pasukan JKR Pulau Pinang sudah ke lokasi bagi melaksana kerja mitigasi kecemasan dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
“Susulan itu laluan Jalan Kenari ditutup sehingga 5 November (esok),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Zairil berkata, sehubungan itu orang ramai dinasihati supaya berhati-hati serta mematuhi arahan kakitangan bertugas di lokasi.
Difahamkan, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu tidak membabitkan kerosakan harta dan kemalangan jiwa.
Sementara itu,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas Datuk Azrul Mahathir Aziz berkata, pihaknya kini berada di lokasi.
Katanya, kejadian lubang benam itu terbentuk dengan lebar kira-kira lima meter dan kedalaman hampir tiga meter.
“Kerja pembaikan dibuat esok pagi. Kawasan kejadian sudah diletakkan dengan halangan,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Mengulas lanjut Azrul Mahathir berkata, pihaknya turut memohon supaya JKR mengenalpasti punca sebenar sebelum kerja baik pulih dibuat.
“Kemungkinan besar kawah itu terbentuk awal dan jalan berkenaan bergantung sepenuhnya dengan kekuatan tar dengan ketebalan 18 sentimeter.
“Jalan Kenari adalah jalan yang sibuk seperti jalan utama namun masih ada laluan alternatif bagi masuk dan keluar, cuma agak sukar kerana tiada lampu isyarat, ” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.
Lubang benam selebar lima meter, Jalan Kenari ditutup
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.