KPDN gagalkan cubaan seludup 3,000 liter petrol ke negara jiran

KPDN gagalkan cubaan seludup 3,000 liter petrol ke negara jiran

KPDN gagalkan cubaan seludup 3,000 liter petrol ke negara jiran
Antara tong berisi petrol yang cuba diseleweng yang dirampas oleh KPDN Kelantan. – Foto KPDN Kelantan

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menggagalkan cubaan menyeludup 3,000 liter petrol oleh tiga kereta di Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini, hari ini.

Operasi Bersepadu Membanteras Penyelewengan Barang Kawalan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3 (PPMW3) Pengkalan Kubor jam 4.35 pagi itu turut menahan seorang lelaki tempatan, manakala dua lagi lelaki sempat melarikan diri.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, berkata pemeriksaan tiga kereta menemukan sebanyak 3,000 liter petrol dengan keseluruhan rampasan bernilai RM23,800.

Ketika operasi, pihak berkuasa mengarahkan tiga kereta supaya berhenti, namun semua pemandu memecut laju dan berpatah balik melawan arus bagi mengelak ditahan.

Pemeriksaan terhadap sebuah lagi Proton Wira Aeroback turut menemukan 40 tong jerikin berisi petrol, dengan anggaran 1,000 liter, manakala kes ketiga membabitkan sebuah Proton Gen2 yang membawa 40 tong jerikin berisi petrol dengan jumlah sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Bagaimanapun, sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berhenti di bahu jalan atas Jambatan Sultan Yahya Petra sebelum pemandu melarikan diri.

“Pemeriksaan menemukan 40 tong jerikin berisi penuh disyaki minyak petrol, dianggarkan 25 liter setiap tong, menjadikan jumlah keseluruhan 1,000 liter petrol yang dipercayai untuk tujuan penyelewengan,” katanya di sini, hari ini.

KPDN gagalkan cubaan seludup 3,000 liter petrol ke negara jiran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker