Kastam KL serbu 2 gudang persendirian sorok rokok, arak seludup nilai jutaan ringgit

Kastam KL serbu 2 gudang persendirian sorok rokok, arak seludup nilai jutaan ringgit

Kastam KL serbu 2 gudang persendirian sorok rokok, arak seludup nilai jutaan ringgit
Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wan Norizan Wan Daud (tengah) bersama pegawainya melihat barangan dirampas dari dua gudang persendirian yang diserbu agensi itu September lalu. – Foto NSTP/Aizuddin Saad

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyerbu dua gudang persendirian di Lembah Klang yang menjadi tempat simpanan minuman keras dan rokok seludup bernilai jutaan ringgit.

Serbuan pertama dilancarkan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke sebuah gudang di Taman Prima Tropika, Seri Kembangan, sekitar jam 1.30 tengah hari 19 Ogos lalu yang membongkar kegiatan sindiket pembekalan dan pengedaran minuman keras disyaki tidak berkastam.

Sindiket dipercayai membungkus semula minuman keras tidak berkastam itu sebelum dibekal secara pukal ke kawasan industri dan pembinaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Wan Norizan Wan Daud berkata, hasil pemeriksaan menemui minuman keras import pelbagai jenama dianggarkan 5,787 liter yang tidak berkastam membabitkan nilai dan cukai berjumlah RM921,769.

Selain itu, katanya, sebuah lori lima tan disyaki digunakan sebagai kenderaan pembekalan minuman keras seludup turut disita, manakala tiga lelaki warga asing ditahan.

“Pengimportan minuman keras memerlukan lesen import dan setem cukai yang diluluskan Ketua Pengarah Kastam mengikut Peraturan 42(1) Peraturan-Peraturan Kastam 2019. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya pada sidang media di Kelana Jaya, di sini hari ini.

Gudang kedua terletak di Jalan Subang Permai, Shah Alam yang diserbu Kastam sekitar jam 8 malam 29 September lalu hasil maklumat orang awam.

Wan Norizan berkata, hasil pemeriksaan menemui 11,600,00 batang rokok putih import pelbagai jenama disyaki tidak berkastam dengan anggaran nilai RM2.32 juta, manakala cukai serta duti import dianggarkan kira-kira RM7.88 juta.

“Modus operandi sindiket adalah mengedar rokok tidak berkastam secara pukal di gudang persendirian tanpa tanda bagi mengaburi pihak berkuasa. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (a) Akta Kastam 1967,” katanya.

Beliau berkata, penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, tetapi juga mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Kastam KL serbu 2 gudang persendirian sorok rokok, arak seludup nilai jutaan ringgit

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker