Fattah Amin – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Fattah Amin – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Fattah Amin – Biodata, Profil dan Latar Belakang
fattah amin
Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Fattah Amin diKemaskini pada 11 Nov 2025.

Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah bin Mohd Amin (lahir 14 September 1990) ialah seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia.

Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 14 September 1990 Masihi bersamaan 24 Safar 1411 Hijrah dan dibesarkan di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Keluarga beliau berasal dari Selangor dan kini menetap di Shah Alam.

Beliau mendapat pendidikan awal di SMK Desa Tun Hussein Onn seterusnya di Universiti Teknologi MARA dan Universiti Utara Malaysia ijazah dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif.

Beliau merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Kepada pasangan Mohd Amin bin Musa (lahir 7 Jun 1966) dan Azizah binti Abdul Ghani (lahir 30 Ogos 1968),


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Fattah Amin Bersilat Di Majlis Perkahwinannya [VIDEO]


Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara.

Fattah juga melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.

Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku. Beliau juga dikenali menerusi watak Inspektor Haikal dalam Gerak Khas, Kapten Ejaz Fakhri dalam Suri Hati Mr. Pilot, Tengku Ian Uzzam dalam Hero Seorang Cinderella dan Amry dalam Ganjil.

Kereta Range Rover Bukan Hadiah’ – Fattah Amin [VIDEO]

Kehidupan peribadi

Fattah berpangkat cucu saudara kepada penerbit, pengarah dan pelakon lagenda Dato Yusof Haslam melalui bapanya. Ini menjadikan Fattah sebagai anak saudara kepada adik-beradik pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof.

Fattah mengakui tidak mempunyai ramai teman rapat dalam kalangan artis. Beliau dilihat sering bersama penyanyi popular Aizat Amdan dan juga pelakon Alvin Chong ketika masa senggang mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengurus Fattah Amin Perjelas Situasi Sebenar [VIDEO]


Fattah dikatakan pernah bercinta dengan pelakon, usahawan dan pengacara Neelofa sejak mereka berdua digandingkan bersama dalam drama Suri Hati Mr. Pilot yang mencetuskan fenomena dengan mencapai rating tertinggi pada setiap minggu. Drama ini turut dikatakan menjadi drama rating tertinggi di Astro. Hubungan rapat mereka dikatakan hanya bertahan beberapa bulan sahaja dan tamat selepas drama itu berakhir.

Selain itu, desas-desus mengenai keintiman hubungan antara Fattah dan pelakon, penyanyi dan usahawan, Nur Fazura telah mula diperkatakan sejak penggambaran drama Hero Seorang Cinderella yang disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria sehingga mewujudkan fenomena “Fattzura” iaitu gabungan nama Fattah dan Fazura.[30] Mereka sering menyatakan sokongan dan galakan terhadap satu sama lain dan selalu hadir dalam sesuatu majlis bersama-sama. Lebih menguatkan dakwaan adanya hubungan istimewa itu adalah apabila mereka hadir bersama-sama ke acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 di mana Fattah memenangi anugerah Bintang Paling Popular ABPBH30.

Pada 23 November 2017, Fattah mengesahkan bahawa beliau dan Fazura telah bertunang pada 13 November. Pasangan itu membuat pengumuman rasmi dalam satu sidang media khas di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga mereka. Mereka berkahwin dalam majlis secara tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan kawan rapat pada 27 November 2017, di sebuah hotel di Kuala Lumpur.[31][32]

Datuk beliau, Musa Omar meninggal dunia pada 7 Jun 2019, iaitu jatuh kepada Hari Raya ketiga.[33][34]

Pada 2 Oktober 2020, Fattah bersama isteri, Fazura menyambut kelahiran anak sulung mereka, Nur Fatima Aisya selepas hampir 3 tahun mendirikan rumahtangga. [35]

Pada 13 September 2024, Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah. Pada 25 September 2024, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari menangguhkan Kes Perceraian Nur Fazura dan Fattah Amin ke 7 Oktober 2024.

Selepas hampir setahun menduda, Fattah kembali bergelar suami apabila berkahwin dengan Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara pada 14 September 2025 bersempena hari ulangtahun kelahiran beliau yang ke-35 di Golden Palm Tree Resort, Sepang, Selangor.[36]

Biodata

 

Fattah Amin
Fattah ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 23 September 2014.
Kelahiran
Abdul Fattah bin Mohd Amin

14 September 1990 (umur 30)

Setiawangsa, Kuala Lumpur, Malaysia
Pendidikan Diploma Pengurusan Industri Kreatif
Pusat pendidikan
  • Universiti Teknologi MARA (UITM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penyanyi
  • pengacara
  • model
  • duta
  • usahawan
Tahun aktif 2011–kini
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Pasangan Nur Fazura (k. 2017; c. 2024)
Amira Othman (k. 2025)
Anak 1
Ibu bapa
  • Mohd Amin Musa (bapa)
  • Azizah Abdul Ghani (ibu)
Saudara Farhan (adik)
Farhana (adik)
Raihan (adik)
Intan (adik)
Kerjaya muzik
Genre Pop
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2013–kini
Pengkarya berkait
Aizat Amdan, Anas Amdan, Mel Ramlan, Fazura, Alvin Chong

Biodata Artis Fazura

Fattah Berlaku Curang, Saya Ada Bukti – Fazura [VIDEO]

Fattah Amin Nafi Curang [VIDEO]

Rezeki ‘Fattah’, kedai ‘tinted’ kereta tawar diskaun 50 peratus!

Fattah Amin – Biodata, Profil dan Latar Belakang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker