Budak tertelan ketulan emas bernilai hampir RM6,000

Budak tertelan ketulan emas bernilai hampir RM6,000

Budak tertelan ketulan emas bernilai hampir RM6,000
BUDAK lelaki tertelan ketulan kecil emas. – Foto Douyin

BEIJING – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun di Kunshan, China, secara tidak sengaja menelan satu ketulan kecil emas seberat 10 gram yang bernilai kira-kira 10,000 yuan (RM5,880) ketika menguji kekuatan lidahnya, lapor laman berita MSNews hari ini.

Menurut laman berita South China Morning Post (SCMP) yang memetik laporan Dawan News, ibu kepada kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Ji, membeli ketulan kecil emas pada 17 Oktober lalu sebagai pelaburan.

Pada 22 Oktober lalu, ketika Ji sedang membasuh pakaian, anak lelakinya mula bermain dengan emas itu dan tiba-tiba berlari ke arahnya dalam keadaan panik.

“Ibu, cepat! Saya akan mati. Saya tertelan emas tu,” kata kanak-kanak tersebut ketika itu.

Ji memeriksa najis anaknya dua kali sehari sambil mengingatkan kanak-kanak itu supaya tidak menggunakan tandas di luar rumah kerana katanya: “Najis awak terlalu mahal.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Selepas lima hari memantau tanpa hasil, Ji akhirnya membawa anaknya ke hospital, di mana doktor menemui benda asing di dalam perut mangsa.

Pada hari sama, ketulan kecil emas itu berjaya dikeluarkan walaupun tidak jelas sama ada ia keluar secara semula jadi atau dengan bantuan doktor. – AGENSI

Budak tertelan ketulan emas bernilai hampir RM6,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker