Amira Othman – Biodata, Profil dan Latar Belakang
Amira Othman – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Nadia Amira Othman (lahir 26 Oktober 1993) ialah seorang penyanyi, pengacara dan pelakon wanita yang popular di Malaysia. Artis yang berasal dari Skudai, Johor ini memulakan langkahnya dalam karier seni pada tahun 2013 dengan menyertai Akademi Fantasia ke-10 dan memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.
Pada tahun 2015, single keduanya, “Hati-Hati” hasil nukilan Faizul Sany, Hael Husaini dan Mike Chan telah melonjakkan namanya sebagai penyanyi. Selain itu, Amira pernah menjadi pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9.
Kehidupan peribadi
Amira dilahirkan dan dibesarkan di Skudai, Johor dan mempunyai adik-beradik seramai 6 orang.
Selepas tamat AF2013, Amira mengambil keputusan melanjutkan pengajian dalam diploma jurusan muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan ijazah vokal klasik. Beliau juga merupakan kakak kepada dua penyanyi muda iaitu Irfan Haris dan Haiqal Iskandar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Aksi Mesra Fattah Amin Jawab Soalan Bersama Amira Othman Buatkan Netizen Cair Melihatnya [VIDEO]
- Peminat Teruja Dengar Betty Rahmad Cover Lagu Amira Othman & Irfan Haris [VIDEO]
- Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen [VIDEO]
Irfan Haris Menangis Selepas Amira Othman Sah bergelar Isteri Fattah Amin
Beliau juga bersahabat baik dengan Nabila Razali ketika sama-sama menyertai AF2013. Wany Hasrita juga adalah sahabat karib beliau dan mereka berdua sama-sama menunaikan haji pada tahun 2019.
Pada 14 September 2025, Amira sah menjadi isteri kepada pelakon Fattah Amin dengan sekali lafaz di Golden Palm Tree Resort, Sepang, Selangor. Mereka berdua telah dinikahkan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
|
Amira Othman
|
|
|---|---|
|
Amira ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 29 Mac 2016.
|
|
| Kelahiran |
Nadia Amira binti Othman
26 Oktober 1993 Skudai, Johor, Malaysia
|
| Pendidikan | Diploma Jurusan Muzik, Ijazah Vokal Klasik |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Pekerjaan | Penyanyi, pengacara, pelakon |
| Tahun aktif | 2013–kini |
| Pasangan | Fattah Amin (k. 2025) |
| Anak-anak | Nur Fatima Aisya (anak tiri) |
| Ibu bapa |
|
| Saudara |
|
| Kerjaya muzik | |
| Genre |
|
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman |
|
| Kegiatan berkaitan | Raqib, The Lomas, Sufian Suhaimi |
Amira Othman – Biodata, Profil dan Latar Belakang
Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.