Rumah saiz stor harga lebih RM17 juta
Rumah saiz stor harga lebih RM17 juta

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah kediaman digelar ‘rumah paling kurus’ di negeri New York diiklankan untuk dijual pada harga AS$4.19 juta (RM17.6 juta), lapor akhbar New York Post.
Dikenali sebagai Rumah Millay, hartanah tiga tingkat seluas 92.90 meter persegi itu terletak di 75½ Bedford St., Bandar Raya New York.Kediaman dibina pada tahun 1987 itu pernah dimiliki oleh penulis puisi terkenal Amerika Syarikat, Edna St. Vincent Millay.
Kediaman itu dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik mandi, dapur, kawasan kebun, pejabat, siling serta lantai kayu oak.
Meskipun tidak boleh menempatkan katil saiz king, rumah itu mempunyai empat unggun api dan pintu gaya Perancis.
“Rumah bersejarah ini menjadi ikon di kejiranan ini. Kumpulan pelancong dan jurugambar sering berhenti di luar rumah,” kata Pengarah Village Preservation, Andrew Berman. – AGENSI
Rumah saiz stor harga lebih RM17 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.