Penduduk tanam pokok kelapa sawit di tengah jalan
Penduduk tanam pokok kelapa sawit di tengah jalan

JAKARTA – Penduduk di Kotawaringin Timur, wilayah Kalimantan Tengah menanam pokok kelapa sawit di sebatang jalan yang rosak selama lebih satu dekad, lapor laman berita Berita Borneo.
Pokok itu ditanam di Jalan Garuda, Desa Bagendang Hilir semalam.
Rakaman video kejadian yang dimuat naik di media sosial menunjukkan orang ramai menanam anak pokok kelapa sawit di sebuah lopak besar di tengah jalan.
Seorang penduduk dikenali sebagai I berkata, perbuatan itu dilakukan selepas warga setempat berasa kecewa dengan pemerintah yang mengabaikan aduan mereka.
“Kami sering meminta bantuan daripada penghulu tetapi tiada tindakan. Disebabkan itu, kami menanam kelapa sawit sebagai protes.
“Jalan ini menjadi laluan utama kami termasuk pelajar dan pekerja. Jalan ini ditenggelami air dan berlumpur ketika musim hujan, menyebabkan ia sukar dilalui,” kata I.
Walaupun rakaman itu tular, tiada turapan dilakukan atau maklum balas daripada pemerintah. – AGENSI
Penduduk tanam pokok kelapa sawit di tengah jalan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.