Pasangan warga emas dicekup lagi kerana berkhalwat

Pasangan warga emas dicekup lagi kerana berkhalwat

Pasangan warga emas dicekup lagi kerana berkhalwat
Pasangan warga emas ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Lubok China, Melaka.

ALOR GAJAH: Cinta di usia senja membawa padah apabila pasangan warga emas yang pernah ditahan kerana disyaki berkhalwat, lagi dicekup lagi dalam serbuan di rumah lelaki berusia 81 tahun di Lubok China, di sini, malam tadi.

Serbuan kira-kira jam 10 malam itu dilakukan oleh imam, ketua kampung, anggota polis serta penduduk kampung selepas menerima aduan mereka sering dilihat berdua-duaan.

Menurut sumber, lelaki terbabit, yang baru kehilangan isteri bulan lalu, dikatakan kerap membawa wanita berusia 69 tahun dari kampung lain dalam daerah sama untuk keluar bersama, sebelum akhirnya dicekup di rumahnya sendiri.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal menunjukkan dokumen sah pernikahan. Sebelum ini pun, pasangan sama pernah ditahan di rumah wanita berkenaan.

Pasangan itu kini disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan tanpa nikah.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Azrul Mohamed berkata, pihaknya hanya membantu aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini semasa operasi dilakukan.

Terdahulu, gambar serbuan terbabit turut tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Difahamkan semua yang terbabit dalam serbuan itu akan dipanggil ke pejabat agama esok untuk membantu siasatan.

Pasangan warga emas dicekup lagi kerana berkhalwat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker