Ular purba muncul di Pulau Komodo
Ular purba muncul di Pulau Komodo

JAKARTA – Seorang juruvideo hidupan bawah laut merakam penampakan ular spesies purba di Pulau Komodo, Indonesia, yang berenang perlahan mencari mangsa, lapor portal berita Wolipop kelmarin.
Dalam video yang dikongsikan John Roney, ular karung belang atau ‘marine file snake’ itu dilihat berwana hijau dan badan dipenuhi alga.
Ia berenang perlahan di dasar laut dan disebabkan itu, alga memenuhi badannya serta menjadi teknik penyamaran untuk memerangkap mangsa.
“Pemangsa serang hendap yang dipenuhi alga,” kata keterangan video itu.
Menurut Roney, kulit ular itu yang kasar memerangkap alga, memberikannya rupa hijau berbintik-bintik yang sebati dengan hamparan rumput laut.
“Lapisan itu terbentuk kerana ular ini menghabiskan masa yang lama untuk berdiam diri, menunggu ikan yang lalu untuk menyerang hendap,” katanya.
Spesies itu yang dinamakan secara saintifik sebagai Acrochordus granulatus, merupakan haiwan purba yang hidup sepenuhnya di dalam air, tetapi masih bernafas menggunakan paru-paru.
Ular itu kadangkala muncul ke permukaan untuk menarik nafas, sama seperti mamalia marin.
Penemuan itu berlaku berhampiran Taman Negara Komodo yang merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan biodiversitinya. – AGENSI
Ular purba muncul di Pulau Komodo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
 - Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
 - Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
 
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
				
You must be logged in to post a comment.