Norris di puncak prestasi, Piastri semakin tertekan
Norris di puncak prestasi, Piastri semakin tertekan

London: Kemenangan bergaya Lando Norris di Grand Prix (GP) Mexico City membuktikan bahawa pelumba McLaren itu kini beraksi ‘pada tahap yang berbeza’, menurut bekas pemandu Formula Satu (F1), Johnny Herbert.
Norris mempamerkan aksi dominan dari mula hingga tamat untuk meraih kemenangan keenam musim ini, sekali gus merampas semula tangga teratas kejuaraan dunia daripada rakan sepasukan, Oscar Piastri, dengan kelebihan satu mata menjelang empat perlumbaan terakhir musim ini.
Pelumba Britain itu bermula dengan sempurna dan mengawal sepenuhnya perlumbaan 71 pusingan di Mexico City bagi menambah tekanan terhadap Piastri yang kini semakin goyah.
Herbert berkata kemenangan terbaharu itu jelas menunjukkan tahap kematangan dan peningkatan ketara Norris.
“Kenyataan yang paling jelas bagi saya ialah dia kini berada pada tahap berbeza. Dia kelihatan begitu tenang sepanjang hujung minggu perlumbaan. Itu sesuatu yang jarang kita dengar atau lihat sebelum ini.
“Detik yang menunjukkan perkara itu ialah permulaannya. Ia benar-benar sempurna…permulaan terbaik yang pernah dilakukan Lando Norris. Sebelum ini, itulah bahagian yang sering menjadi kelemahannya.
“Ia membuktikan bahawa apabila anda mampu melupakan tekanan sebelum perlumbaan dan hanya fokus melakukan tugas anda, anda boleh memanfaatkan kelebihan itu, seperti yang dilakukan Lando,” kata Herbert kepada AdventureGamers.
Bagaimanapun, Herbert mengingatkan bahawa kelebihan Norris bukan jaminan mudah untuk mengatasi cabaran Piastri.
“Sekarang nampaknya Oscar pula yang berdepan masalah dan perlu mencari jalan penyelesaian. Semua pelumba mengalami cabaran masing-masing, tetapi buat masa ini, Lando kelihatan benar-benar serasi dengan jentera McLaren.
“Dia juga menang di litar yang jelas sesuai dengan gayanya, dan berjaya mengawal emosi meskipun berdepan ejekan penonton, sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam sukan ini,” kata Herbert.
Norris di puncak prestasi, Piastri semakin tertekan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
 - Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
 - Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
 
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
				
You must be logged in to post a comment.