Guardiola akui Arsenal sukar digugat

Guardiola akui Arsenal sukar digugat

Guardiola akui Arsenal sukar digugat
PEP Guardiola. FOTO REUTERS

London: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui Arsenal dilihat sukar digugat ketika ini selepas mengekalkan kelebihan enam mata di puncak liga dan beliau secara bergurau berharap ‘Arsenal akan dibolosi suatu hari nanti’.

The Gunners terus mendahului saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Burnley, Sabtu lalu hasil jaringan Viktor Gyokeres dan Declan Rice.

Aksi tanpa bolos di Turf Moor itu adalah perlawanan keempat berturut-turut dalam EPL yang menyaksikan Arsenal tidak dibolosi.

Kali terakhir benteng Arsenal bolos ialah pada 28 September, ketika Nick Woltemade menjaringkan gol separuh masa pertama untuk Newcastle.

Pertahanan mereka kini dianggap antara yang terbaik di Eropah, manakala perbelanjaan besar pada musim panas lalu turut menambah kekuatan di bahagian serangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Mikel Arteta memiliki pelbagai pilihan berkualiti di bahagian depan, menjadikan Arsenal pasukan pilihan untuk menamatkan penantian kejuaraan liga dengan Guardiola mengakui terkesan melihat prestasi seteru utama mereka itu.

“Kami kini enam mata di belakang Arsenal yang kelihatan sukar ditewaskan kerana mereka bermain dengan cemerlang. Mereka tidak bolos, sangat ampuh dan mampu menjaringkan gol dari pelbagai situasi serta melalui ramai pemain.

“Tetapi saya percaya apabila kami meningkatkan sedikit lagi prestasi (lebih ramai pemain mampu menjaringkan gol), kami mampu merapatkan jurang, dengan perlawanan akan menjadi lebih sengit dan kami mampu menang,” katanya.

City sudahpun bertemu Arsenal dan membawa pulang satu mata dari Stadium Emirates. Gol penyamaan lewat Gabriel Martinelli menafikan kemenangan City di London Utara, namun sejak itu benteng Arsenal semakin kebal dengan hanya tiga gol dilepaskan setakat ini.

“Moga-moga Arsenal akan bolos juga suatu hari nanti. Bukan mudah berdepan mereka,” seloroh Guardiola.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Pengendali City itu menyaksikan pasukannya bangkit daripada kekalahan kepada Aston Villa dengan menewaskan Bournemouth di Stadium Etihad, semalam.

Erling Haaland menjaringkan dua daripada tiga gol City sekali gus meneruskan rekod penyudah luar biasanya.

Guardiola gagal mempertahankan kejuaraan musim lalu, hanya kali ketiga dalam sembilan tahun beliau terlepas trofi Liga Perdana.

Namun selepas permulaan yang agak goyah, City dilihat semakin menunjukkan taring, dan pengurus dari Catalonia itu percaya momentum pasukannya semakin meningkat sejak musim panas lalu dengan banyak lagi kejutan bakal berlaku.

“Saya rasa sejak Piala Dunia Kelab kami berada dalam momentum yang baik. Ini baru 10 perlawanan, masih ada 28 lagi. Banyak perkara boleh berlaku, tetapi yang penting ialah kami semakin baik dari hari ke hari,” katanya.

Guardiola akui Arsenal sukar digugat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker