FAM sedia ‘berperang’ lawan FIFA di CAS

FAM sedia ‘berperang’ lawan FIFA di CAS

FAM sedia 'berperang' lawan FIFA di CAS
DATUK Mohd Yusoff Mahadi. FOTO ASYRAF HAMZAH

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menganggap perjuangan mereka untuk melawan keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ibarat satu ‘peperangan besar’ demi maruah bola sepak negara.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menegaskan pihaknya akan menyediakan segala dokumen, bukti dan hujah terbaik sebelum membawa kes berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Katanya, FAM tidak akan sesekali mengalah atau tunduk terhadap keputusan yang dianggap memberi kesan besar kepada masa depan bola sepak tanah air.

Beliau menjelaskan, tempoh masa 21 hari yang diberikan FIFA akan digunakan sepenuhnya bagi memastikan setiap aspek disemak secara terperinci oleh barisan peguam yang berpengalaman.

“FAM akan bersedia dengan segala dokumen dan butiran tertentu untuk dibawa kepada CAS dalam usaha memastikan badan induk bola sepak itu terlepas daripada hukuman yang dikenakan FIFA.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Peguam yang dilantik akan meneliti apa yang perlu dan FAM tidak akan berdiam diri untuk kes ini. Kita akan gunakan setiap ruang yang ada untuk mencari keadilan,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, harapan FAM mengubah keputusan penggantungan dikeluarkan Jawatankuasa Tatatertib FIFA musnah apabila gagal dalam proses rayuan.

Menerusi satu keputusan dikeluarkan Jawatankuasa Rayuan FIFA, badan induk dunia itu mengekalkan keputusan awal menggantung tujuh pemain negara dan denda ke atas FAM.

Dalam keputusan yang diumumkan malam tadi, FIFA mengekalkan hukuman denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) terhadap FAM selain penggantungan 12 bulan serta denda CHF2,000 (sekitar RM10,800) setiap seorang ke atas tujuh pemain terbabit atas kesalahan melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA berkaitan pemalsuan dokumen.

Tujuh pemain yang terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garcas, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Selain itu, Mohd Yusoff berkata, perjuangan ini mungkin akan mengambil masa lama dan menelan kos yang tinggi, namun FAM sanggup menanggungnya demi memastikan nama Malaysia tidak tercemar di pentas antarabangsa.

Katanya, keputusan untuk meneruskan kes ke CAS bukan dibuat secara terburu-buru sebaliknya melalui pertimbangan menyeluruh bersama pasukan undang-undang dan kepimpinan tertinggi FAM.

“Kami tahu proses ini mungkin panjang dan melibatkan modal yang besar, tapi demi maruah bola sepak negara, FAM sanggup harungi apa saja cabaran di hadapan.

“Pada masa sama, kami juga tidak akan mudah menyerah kalah walaupun keputusan rayuan sebelum ini tidak memihak kepada kami. Harapan kami agar seluruh penyokong bola sepak tanah air terus mendoakan dan memberi sokongan,” katanya.

Mengikut rekod, FAM dan pemain terbabit mempunyai tempoh 10 hari untuk memohon salinan penuh keputusan bertulis, sebelum diberi masa 21 hari lagi untuk membawa kes ini ke Mahkamah CAS di Switzerland.

FAM sedia ‘berperang’ lawan FIFA di CAS

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker