“Ellie Suriaty Artis Paling Beradab”-Fauziah Ahmad Daud [VIDEO]
“Ellie Suriaty Artis Paling Beradab”-Fauziah Ahmad Daud [VIDEO]
![“Ellie Suriaty Artis Paling Beradab”-Fauziah Ahmad Daud [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2120-750x417-1.webp)
Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Ellie Suriaty yang merangkul anugerah dalam kategori pelakon pembantu wanita terbaik FFM yang ke 34. Namun yang menarik perhatian ramai adalah apabila Ellie Suriaty menyalam dan mencium tangan tiga penyampai hadiah tersebut.
@radiotelevisyenmalaysia Sempat ye bersalaman atas pentas tu😅 P/s: Anugerah tu tak wujud ye, jangan macam-macam pula!😅 #FestivalFilemMalaysia34 #FFM34 #FINAS
♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official
Rata-rata mereka teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Ellie Suriaty sememangnya layak memenangi anugerah tersebut kerana lakonannya yang hebat sentiasa menjadi buah mulut masyarakat.
“ohh adab adab adab, ambil berkat, takut kena tazkirah, dia hormat senior hahaha dekat aku dengar”
“pernah jumpa Ellie Suriaty dekat mall, sangat peramah, dia artis dia yang tegur kita dulu”
“kak ogy kalau jadi host memang pecah, tak kering gusi dan tak bosan kita tengok”
“kak Ellie ni memang kalau berlakon all out, first tengok lakonan dia pahbedah dulu”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Info tambahan, Ellie Suriaty Omar, atau lebih dikenali sebagai Ellie Suriaty, merupakan seorang pelakon dan pengarah wanita terkenal di Malaysia. Lahir pada 20 Februari 1970 di Petaling Jaya, Selangor, beliau memulakan kerjaya awal sebagai guru sebelum beralih ke dunia seni perfileman dan teater. Beliau menjadi terkenal melalui peranan dalam filem-filem seperti Soalnya Siapa?, di mana beliau memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16. Antara karya lain termasuk Anna and the King dan pengarahan filem Penanggal: The Curse of the Malayan Vampire.
Ellie juga aktif dalam teater, walaupun pernah menimbulkan kontroversi dengan menarik diri daripada pementasan Antara pada 2010 kerana isu naskah yang bertentangan dengan akidah Islam. Pada 2016, beliau dilantik sebagai ahli Lembaga Penapisan Filem Malaysia. Kehidupan peribadinya turut menarik perhatian Selepas beliau bercerai dengan suami, Azri Iskandar, pada 2022 selepas 19 tahun perkahwinan, dan kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka baru sambil membesarkan dua anak, Azrell Omar dan Nur Azreen.
“Ellie Suriaty Artis Paling Beradab”-Fauziah Ahmad Daud [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.