Djokovic sah beraksi di Final ATP

Djokovic sah beraksi di Final ATP

Djokovic sah beraksi di Final ATP
NOVAK Djokovic. FOTO AFP

Rom: Juara tujuh kali, Novak Djokovic yang berehat selama tiga minggu, disahkan akan beraksi pada ATP Finals di Turin minggu depan, menurut Presiden Persekutuan Tenis Itali.

Selepas tewas di separuh akhir Masters 1000 Shanghai kepada Valentin Vacherot pada 11 Oktober lalu, pemain berusia 38 tahun itu tidak menyertai Masters Paris yang berakhir Ahad lalu.

Djokovic dijadual kembali beraksi minggu ini di Athens, dengan perlawanan pusingan kedua menentang Alejandro Tabilo.

“Kami sudah menerima pengesahan bahawa Djokovic akan berada di Turin,” kata Presiden Persekutuan Tenis Itali, Angelo Binaghi kepada radio Rai Gr Parlamento, sekali gus menafikan khabar angin bahawa pemain Serbia itu akan menarik diri seperti tahun lalu.

Final ATP adalah kejohanan penutup musim yang menghimpunkan lapan pemain terbaik dunia sepanjang tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Djokovic, yang pertama kali beraksi dalam kejohanan itu pada 2007, kini berada di kedudukan keempat dalam ranking tahunan.

Sepanjang musim ini, dia mara ke separuh akhir di keempat-empat kejohanan Grand Slam dan turut menjadi finalis Terbuka Miami.

Pada Mei lalu, Djokovic menjulang gelaran ATP ke-100 di Geneva, menjadikannya pemain ketiga dalam era Terbuka yang mencapai angka berkenaan.

Pengesahan penyertaan Djokovic bermakna hanya tinggal satu slot terakhir untuk Final ATP yang bakal direbut antara Felix Auger-Aliassime dan Lorenzo Musetti.

Kedua-duanya kini berada di ranking kelapan dan kesembilan dalam senarai tahunan, dipisahkan oleh 160 mata.

Musetti, yang beraksi di Athens minggu ini tidak seperti Auger-Aliassime, berpeluang merampas tempat terakhir itu jika berjaya menjuarai kejohanan di Greece.

Djokovic sah beraksi di Final ATP

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker