Budak berdiri tengah lebuh raya halang kenderaan

Budak berdiri tengah lebuh raya halang kenderaan

Budak berdiri tengah lebuh raya halang kenderaan
Tindakan berbahaya ini dirakam sekumpulan kanak-kanak. – INSTAGRAM

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan tindakan sekumpulan kanak-kanak berdiri di tengah jalan bagi memberhentikan kenderaan di tengah lebuh raya, lapor laman berita Detik hari ini.

Kejadian berlaku berhampiran plaza tol Batang-Semarang, wilayah Jawa Tengah.

Dalam video tersebut, seorang kanak-kanak dilihat berdiri di tegah jalan sambil mengacukan sesuatu yang tidak dapat disahkan.

Dia cuba memberhentikan kenderaan yang bergerak sambil aksinya dirakam sekumpulan kanak-kanak lain.

Selepas video itu tular, Ketua Perhubungan Awam PT Jasamarga Semarang Batang (JSB), Dedi Mawardi berkata, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung insiden tersebut kerana ia membahayakan nyawa ramai orang.

“Tindakan itu sangat berbahaya. Ia menjadi tular di media sosial dan berlaku pada sebelah petang. Kami akan meningkatkan rondaan bagi mencegah kejadian berbahaya dan terlarang seperti itu daripada berulang,” katanya. – AGENSI

Budak berdiri tengah lebuh raya halang kenderaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker