Bellingham harapan Dortmund robek gawang Man City
Bellingham harapan Dortmund robek gawang Man City

Berlin: Pemain tengah Borussia Dortmund, Jobe Bellingham kini mula menunjukkan kemampuannya selepas permulaan yang hambar menjelang aksi menentang Manchester City di England, Khamis ini.
Bellingham, 19, menyertai Dortmund pada musim panas lalu dengan bayaran dilaporkan sebanyak €30.5 juta (RM147.5 juta) dari Sunderland, antara perpindahan termahal dalam sejarah kelab Jerman itu.
Langkah itu menyaksikan Bellingham mengikuti jejak abangnya, Jude Bellingham, yang menyertai Dortmund lima tahun lebih awal ketika berusia 17 tahun. Jude kemudiannya menjadi antara pemain paling dikehendaki di Eropah sebelum berpindah ke Real Madrid pada 2023 dan kini bergelar bintang utama dunia bola sepak.
Walaupun Bellingham pernah kembali ke England untuk menyertai skuad bawah 21 tahun negara itu selaku kapten, perlawanan menentang City akan menjadi penampilan pertamanya di tanah air bersama kelab barunya.
Sama seperti City, Dortmund kini berada dalam kelompok lapan teratas selepas mencatat dua kemenangan dan satu seri dalam tiga perlawanan Liga Juara-Juara setakat ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
 - Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
 - Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
 
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemain muda itu sedar perpindahannya ke Dortmund bakal mengundang perbandingan dengan abangnya, namun dia percaya kelab itu adalah tempat terbaik untuk mengembangkan bakat dan menimba pengalaman.
Seperti ketika di Sunderland, jersi Bellingham hanya tertera namanya ‘Jobe’ – bukan nama keluarga – bagi membezakannya dengan abangnya yang sudah terkenal.
Ketika tiba di Dortmund, Bellingham turut mengakui dalam sesi pramusim bahawa perbandingan dengan Jude sering bermain di fikirannya.
“Ia sesuatu yang memang saya fikirkan. Ada kalanya saya berasa cemas, lebih-lebih lagi kerana saya masih muda.
“Saya bukan sempurna. Kadang-kadang saya tetap memikirkan perkara-perkara itu,” katanya kepada wartawan.
Bellingham harapan Dortmund robek gawang Man City
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
 - Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
 - Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
 
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
				
You must be logged in to post a comment.