Alex Marquez sudah lali dilabel calon juara 2026

Alex Marquez sudah lali dilabel calon juara 2026

Alex Marquez sudah lali dilabel calon juara 2026
ALEX Marquez ketika muncul juara di GP Malaysia. FOTO AIZUDDIN SAAD

Lisbon: Naib juara dunia yang bakal menggunakan jentera terkini Ducati spesifikasi pengeluar, Alex Marquez mengakui adalah sesuatu yang ‘semula jadi’ apabila namanya kini disebut antara calon utama bagi merebut gelaran juara dunia MotoGP 2026.

Pelumba pasukan Gresini itu, yang menamatkan saingan di tempat kedua keseluruhan dengan berbaki dua pusingan di Sepang, menikmati musim cemerlang dengan 24 podium termasuk tiga kemenangan Grand Prix (GP) menggunakan jentera GP24 tahun lalu.

Naik taraf yang bakal diterimanya bermakna, buat pertama kali dalam sejarah, pelumba Gresini akan menggunakan jentera Desmosedici spesifikasi pengeluar bersama abangnya yang juara juara dunia, Marc Marquez dan Francesco Bagnaia di pasukan utama Ducati, serta Fabio di Giannantonio dari VR46.

“Saya harap dapat terus membina momentum positif yang kami capai tahun ini. Itu perkara paling penting,” kata Alex Marquez ketika ditemui pada satu acara Estrella-Galicia apabila ditanya mengenai harapannya bagi musim depan.

Namun, adik kepada Marc itu mengakui jangkaan pasti meningkat apabila menggunakan jentera pengeluar.

“Saya faham, dan ia sesuatu yang semula jadi, selepas menamatkan musim selaku naib juara, tahun depan kami pasti akan disebut antara calon juara, terutama apabila kami menunggang motosikal spesifikasi pengeluar.

“Ketika itu tekanan boleh menjadi sama ada memberi kesan negatif atau menjadi sumber motivasi.

“Kami akan memiliki jentera terbaik. Kerja keras yang kami lakukan selama ini terbukti berkesan, jadi kami hanya perlu lihat sama ada boleh memperbaiki beberapa aspek, tetapi falsafah, suasana dan pendekatan kami menghadapi setiap hujung minggu perlumbaan mesti kekal sama,” katanya.

Alex Marquez sudah lali dilabel calon juara 2026

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker