Wolves pecat Pereira selepas kekalahan ke-10 berturut-turut
Wolves pecat Pereira selepas kekalahan ke-10 berturut-turut

London: Wolverhampton Wanderers memecat pengurus mereka, Vitor Pereira selepas permulaan hambar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini yang menyaksikan pasukan itu masih gagal melakar kemenangan dan berada di tangga tercorot liga, lapor media Britain semalam.
Wolves mengalami kekalahan 0-3 di tangan Fulham, awal pagi tadi, sekali gus melanjutkan rekod tanpa kemenangan mereka kepada 10 perlawanan dengan hanya dua mata daripada maksimum 30.
Pasukan itu kini ketinggalan lapan mata daripada zon selamat, selain merekodkan jumlah jaringan paling sedikit serta pertahanan paling rapuh dalam liga.
Pemecatan Pereira menamatkan tempoh 11 bulan beliau mengendalikan kelab itu selepas dilantik pada Disember 2024 bagi menggantikan Gary O’Neil ketika Wolves berada di tangga ke-19.
Jurulatih dari Portugal itu berjaya memastikan kelab berkenaan kekal di EPL musim lalu selepas mencatat enam kemenangan berturut-turut pada Mac dan April, sekali gus menamatkan musim 17 mata di atas zon penyingkiran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Walaupun berdepan permulaan buruk musim ini, Pengerusi kelab, Jeff Shi, sebelum ini menyatakan sokongan terbuka terhadap Pereira dan malah memberikan kontrak baharu susulan kebangkitan pasukan musim lalu.
Namun, penyingkiran kali ini menjadikan Pereira meninggalkan enam kelab berturut-turut dalam tempoh enam tahun terakhir.
Sejak 2020, pengendali berusia 56 tahun itu mengendalikan beberapa pasukan ternama di lima negara termasuk Shanghai SIPG (China), Fenerbahce (Turki), Corinthians (Brazil), Flamengo (Brazil) dan Al Shabab (Arab Saudi) sebelum menyertai Wolves.
Wolves pecat Pereira selepas kekalahan ke-10 berturut-turut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.