Wanita warga emas hilang sejak Selasa ditemui meninggal dunia dalam parit di kebun pisang

Wanita warga emas hilang sejak Selasa ditemui meninggal dunia dalam parit di kebun pisang

Wanita warga emas hilang sejak Selasa ditemui meninggal dunia dalam parit di kebun pisang
Fot hiasan

IPOH: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas (28 Okt) ditemukan meninggal dunia pagi tadi dalam parit di kebun pisang di Kampung Teluk Kerdu, Hutan Melintang dekat Bagan Datuk.

Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, berkata mayat Halimah Idris, 77, yang dikatakan mempunyai masalah ingatan (nyanyuk) ditemui pasukan bomba pada 10.50 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pagi tadi.

“Pada 9 pagi operasi pencarian melibatkan pelbagai agensi dilakukan di sektor A dan B dengan mengikuti jejak terakhir mangsa dalam radius 5 kilometer ke persisir sungai menggunakan kaedah sweep search dan mengaplikasikan teknik LAST (teknik hilang dan selamat),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa kemudian dijumpai oleh pasukan SAR di sektor B iaitu di dalam parit di kebun pisang dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi.

Shazlean berkata mangsa dikeluarkan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Sebelum ini dilaporkan SAR digerakkan bagi mencari Halimah yang hilang dalam kawasan kebun sawit dan pisang di sekitar rumahnya sejak Selasa lalu.

Mangsa dipercayai kali terakhir dilihat keluarga dan penduduk kampung di sekitar kawasan berkenaan pada 4 petang. – BERNAMA

Wanita warga emas hilang sejak Selasa ditemui meninggal dunia dalam parit di kebun pisang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker