PGA perketat kawalan sempadan, pantau jika supsek kes tembak di Golok cuba lolos ke Malaysia

PGA perketat kawalan sempadan, pantau jika supsek kes tembak di Golok cuba lolos ke Malaysia

PGA perketat kawalan sempadan, pantau jika supsek kes tembak di Golok cuba lolos ke Malaysia
Anggota PGA memantau kawasan sempadan Kelantan-Thailand. – NSTP/ Nik Abdullah Nik Omar

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketat kawalan di sempadan Kelantan-Thailand susulan kes seorang rakyat Malaysia maut ditembak di pekan Sungai Golok, Thailand petang semalam.

Pemangku Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju, berkata langkah itu diambil kerana pihaknya khuatir suspek kes itu melarikan diri ke negara ini.

“Susulan kejadian tembak yang mengorbankan rakyat Malaysia di (pekan Sungai) Golok itu , kita sentiasa perketat kawalan di sempadan dan mengambil langkah berjaga-jaga.

“Kita juga perketat sekatan jalan raya. Pemeriksaan di sempadan sentiasa diperketatkan bukan hanya disebabkan kes ini sahaja, namun kita sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.40 waktu Thailand itu, mangsa dilapor cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia jam 9 malam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Jenazah akan dibawa pulang ke Pasir Mas dekat sini untuk dikebumikan petang ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Markas Taktikal Op Taring Wawasan, di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, seorang peniaga yang juga rakyat Malaysia maut selepas ditembak lapan das oleh individu dikenali di kediamannya di Golok, Thailand petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.40 waktu Thailand itu, mangsa dilapor cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia jam 9 malam.

Jenazah akan dibawa pulang ke Pasir Mas dekat sini untuk dikebumikan petang ini.

PGA perketat kawalan sempadan, pantau jika supsek kes tembak di Golok cuba lolos ke Malaysia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker