Motosikal dipercayai terbabas akibat tayar pecah, penunggang maut
Motosikal dipercayai terbabas akibat tayar pecah, penunggang maut

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggang dipercayai terbabas selepas tayarnya pecah di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban menghala ke pusat bandar, berhampiran Plaza Tol Terowong SMART di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kejadian berlaku sekitar jam 6.35 petang membabitkan motosikal jenis Honda RSX150.
“Hasil siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa berusia 30 tahun dipercayai hilang kawalan selepas tayarnya pecah lalu terbabas dan melanggar penghadang tengah jalan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, polis sedang mengesan saksi bebas serta berusaha mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi bagi membantu siasatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Beliau sekali gus meminta orang ramai yang ada maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Zuhairi Mat Zain, melalui talian 017-9732731, Balai Trafik Kuala Lumpur (03-20719999) atau mana-mana balai polis berhampiran.
Motosikal dipercayai terbabas akibat tayar pecah, penunggang maut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.