Lelaki maut jatuh traktor ketika buat kerja kebun
Lelaki maut jatuh traktor ketika buat kerja kebun

BALING: Seorang lelaki meninggal dunia selepas terjatuh daripada traktor ketika melakukan kerja di kebun Kampung Bukit Rawa, Sedim, Malau, di sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali, berkata Balai Polis Malau menerima aduan orang awam pada jam 4 petang semalam memaklumkan kejadian seorang lelaki terbaring dengan muka berlumuran darah di lokasi kejadian.
Beliau berkata, susulan itu, Ketua Polis Balai Malau bersama anggota dan pegawai penyiasat daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling hadir ke tempat kejadian.
“Siasatan mendapati mangsa berusia 28 tahun yang tinggal di Kampung Gelugor, Karangan, Kulim, ditemukan di lokasi kejadian tidak sedarkan diri dengan kesan cedera pada muka.
“Mangsa dikatakan pergi ke kawasan itu bersama seorang lelaki penjaga kebun bagi melakukan kerja dan dia dipercayai terjatuh daripada traktor ketika melakukan kerja kebun itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Salimi berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Lelaki maut jatuh traktor ketika buat kerja kebun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.