Suspek tetak kepala abang ipar hingga putus direman enam hari
Suspek tetak kepala abang ipar hingga putus direman enam hari

ALOR SETAR: Lelaki yang ditahan polis kerana disyaki menetak abang iparnya sehingga putus kepala di kawasan sawah Kampung Pida 3, Jerlun semalam, direman enam hari sehingga 6 November.
Permohonan reman dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali, bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim, berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Dalam kejadian malam tadi, mangsa maut dengan kepalanya putus akibat ditetak adik ipar dalam pergaduhan di kawasan sawah di Kampung Pida 3, dekat sini.
Polis turut menemui beberapa kesan tetakan di badan mangsa dan kepala yang putus kira-kira satu meter dari badan.
Siasatan lanjut termasuk punca dan motif kejadian masih disiasat.
Selepas dipujuk kira-kira 15 minit, suspek ditahan ketika masih memegang parang berukuran 30 sentimeter panjang di rumahnya yang terletak 30 meter dari lokasi kejadian.
Suspek tetak kepala abang ipar hingga putus direman enam hari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.