‘Runner’ dadah ditahan bersama teman wanita
‘Runner’ dadah ditahan bersama teman wanita

KOTA KINABALU: Hasrat seorang lelaki untuk memperoleh wang mudah hasil pengedaran dadah berakhir apabila dia diberkas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Tuaran, Likas, semalam.
Suspek berusia 38 tahun yang baru pertama kali berperanan sebagai ‘runner’ sindiket pengedaran dadah itu ditahan bersama teman wanitanya dalam serbuan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
Pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan menemui dadah jenis syabu seberat 880.53 gram dengan nilai anggaran RM33,000 yang disembunyikan dalam beberapa bungkusan plastik.
Turut disita dua kenderaan pikap jenis Toyota Hilux yang dipercayai digunakan bagi aktiviti pengedaran dadah.
Siasatan awal mendapati bekalan dadah berkenaan dipercayai untuk diedarkan di sekitar Kampung Delima, Kampung Suang Parai dan Lok Buno, Sepanggar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Kedua-dua suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah, Asisten Komisioner Alhusin Halil ketika dihubungi mengesahkan tangkapan serta rampasan berkenaan.
Beliau berkata, polis akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras aktiviti pengedaran dadah di seluruh negeri ini.
Hasrat seorang lelaki untuk memperoleh wang mudah hasil
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.