Fattah Amin Akui Hidup Lebih Tenang Bersama Amira Othman

Fatima Semakin Serasi Dengan Ibu Tiri

Fattah Amin Akui Hidup Lebih Tenang Bersama Amira Othman

Fattah Amin Akui Hidup Lebih Tenang Bersama Amira Othman

Selepas hampir dua bulan melayari kehidupan sebagai suami isteri, pasangan sensasi Fattah Amin dan Amira Othman mengakui fasa baharu yang mereka tempuhi penuh ketenangan serta kasih sayang, walaupun masih dalam proses menyesuaikan diri sebagai pasangan baru berkahwin. Fattah, 35, berkata kehidupan rumah tangga bersama Amira berjalan dengan lancar dan semakin teratur, apatah lagi apabila melihat hubungan erat yang terjalin antara isterinya dan anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.

Fattah Amin Akui Hidup Lebih Tenang Bersama Amira Othman

“Kami masih belajar untuk seimbangkan peranan masing-masing, tapi saya bersyukur segalanya dipermudahkan. Amira juga sedang menyesuaikan diri dengan Fatima, dan Alhamdulillah mereka berdua serasi. Saya nampak mereka gembira bila bersama, dan itu buat saya tenang,” ujar Fattah ketika ditemui pada majlis minum petang The Garden of Love Fattmira anjuran Usanita TV (UTV) di Ukay Hills, Bukit Antarabangsa.

Menurut pelakon Hero Seorang Cinderella itu, keakraban Amira dengan anaknya tidak mengejutkan kerana naluri keibuan penyanyi berusia 32 tahun itu terserlah sejak sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Fattah Amin Akui Hidup Lebih Tenang Bersama Amira Othman

“Amira memang sukakan kanak-kanak. Saya pernah nampak dia begitu rapat dengan anak buahnya, jadi bila dia bersama Fatima, keserasian itu datang secara semula jadi,” katanya lagi.

Bagi Amira pula, kehadiran Fatima dalam hidupnya disifatkan sebagai anugerah yang mempermudahkan segalanya. Melihat kasih sayang antara Fattah dan anaknya, Amira semakin menyedari betapa pentingnya peranan seorang ayah dalam membentuk jiwa seorang anak perempuan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Fatima bijak dan manja. Setiap kali saya lihat cara Fattah melayan anaknya, saya rasa lebih menghargai peranan seorang bapa. Fattah sangat penyayang dan penyabar. Bila saya kini sebahagian daripada hidup mereka, saya hanya mahu membawa kebaikan dan kasih sayang juga,” luah Amira penuh makna.

Mengulas tentang kemungkinan terpaksa berjauhan kerana komitmen kerja Fattah dalam dunia lakonan, Amira menegaskan dia tidak pernah menganggap perkara itu sebagai beban. Baginya, memahami kerjaya suami adalah kunci keharmonian rumah tangga.

Fattah Amin Akui Hidup Lebih Tenang Bersama Amira Othman

“Saya tahu kehidupan seorang pelakon bukan mudah. Bila saya pilih untuk jadi isterinya, saya juga terima seluruh tanggungjawab itu. Kami berdua tahu peranan masing-masing, jadi tak ada sebab untuk timbul masalah,” katanya tenang.

Menutup bicara, Amira sempat berkongsi sisi peribadi Fattah yang menurutnya menjadi penyejuk dalam rumah tangga.

“Dia sangat sabar dan tak suka panjangkan hal. Kalau saya merajuk, dia cepat-cepat tenangkan dan ajak berbincang. Fattah jenis yang mencari damai, bukan sengketa. Saya tak mampu balas semua kebaikannya, cuma saya berdoa semoga Allah terus pelihara dan kurniakan yang terbaik untuk suami saya,” katanya sebak.

Fattah Amin Akui Hidup Lebih Tenang Bersama Amira Othman

Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 14 September lalu dalam majlis akad nikah yang diwalikan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bagi pihak bapa pengantin perempuan, Othman Abdul Kadir. Sebelum ini, Fattah pernah berkahwin dengan pelakon Nur Fazura pada 2017 sebelum bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan terdahulu, Fattah dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.

Fattah Amin Akui Hidup Lebih Tenang Bersama Amira Othman


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker