Vinicius mohon maaf, namun tidak kepada Alonso
Vinicius mohon maaf, namun tidak kepada Alonso

Madrid: Pemain sayap Real Madrid, Vinicius Jr tampil mengemukakan permohonan maaf secara terbuka, hari ini, selepas tindakannya yang marah ketika digantikan dalam kemenangan 2-1 ke atas Barcelona pada aksi El Clasico, Ahad lalu, mencetuskan kontroversi apabila dia terus beredar ke bilik persalinan.
Pemain kebangsaan Brazil itu dikeluarkan pada minit ke-71 dan digantikan oleh rakan senegara, Rodrygo, meskipun memainkan peranan penting dalam gol kemenangan serta sering mengucar-ngacirkan pertahanan Barca, Jules Kounde, sepanjang perlawanan berintensiti tinggi itu.
Vinicius dilihat menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pengurus, Xabi Alonso sebelum terus meninggalkan padang menuju ke bilik persalinan, tindakan yang sedikit mencemarkan suasana kemenangan Real Madrid, yang menamatkan rekod empat kekalahan berturut-turut mereka dalam pertemuan El Clasico.
Menerusi kenyataannya di media sosial, Vinicius menjelaskan bahawa dia sudah memohon maaf secara peribadi kepada rakan sepasukan serta Presiden kelab, Florentino Perez, namun menarik perhatian apabila tidak menyebut mengenai Alonso dalam kenyataan itu.
“Hari ini saya ingin memohon maaf kepada semua penyokong Real Madrid atas reaksi saya ketika digantikan dalam El Clasico.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Seperti yang telah saya lakukan secara peribadi dalam sesi latihan hari ini, saya juga ingin memohon maaf sekali lagi kepada rakan sepasukan, kelab dan presiden,” katanya.
Pemain berusia 25 tahun itu menjelaskan tindak balas emosinya berpunca daripada semangat juangnya yang tinggi.
“Kadang-kadang semangat saya menguasai diri kerana saya sentiasa mahu menang dan membantu pasukan. Sikap kompetitif saya datang daripada rasa cinta yang mendalam terhadap kelab ini,” katanya.
Hubungan Vinicius dengan Alonso dilaporkan tegang sejak pengurus itu mengambil alih pasukan pada Mei lalu.
Alonso kerap menggantikan pemain itu dalam kebanyakan perlawanan musim ini, walaupun gandingannya bersama Kylian Mbappe dianggap semakin serasi.
Namun drama tidak berakhir di situ – selepas meninggalkan padang, Vinicius muncul semula di penghujung perlawanan selepas pemain Barcelona, Pedri, dilayangkan kad merah yang mencetuskan kekecohan antara kedua-dua pasukan.
Dia terpaksa ditenangkan oleh pegawai pasukan selepas dilihat bertekak dengan beberapa pemain Barca.
Real Madrid kini mendahului carta LaLiga dengan 27 mata, lima mata di depan Barcelona yang berada di tempat kedua.
Vinicius mohon maaf, namun tidak kepada Alonso
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.