Selangor lepasi ujian NSFC, jumpa Sabah di separuh akhir
Selangor lepasi ujian NSFC, jumpa Sabah di separuh akhir

Petaling Jaya: Selangor FC mara ke separuh akhir Piala FA musim ini meskipun tewas dalam aksi suku akhir kedua di tangan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, malam tadi.
Dalam aksi sengit itu, NSFC berjaya bangkit untuk menewaskan Selangor 3-2 namun gagal menyekat skuad kendalian Christophe Gamel menempah tiket ke peringkat empat pasukan terbaik apabila tewas menerusi agregat 6-3.
Pada aksi pertama di Paroi sebelum ini, NSFC tewas 4-0 kepada Selangor, sekali gus tugas sukar menanti pelawat di Kelana Jaya.
Pelawat yang perlu memburu sekurang-kurangnya empat gol bagi menyamakan agregat nyata tampil cukup bertenaga di babak pertama permainan.
Gol pertama skuad Hobin Jang Hobin diraih menerusi tolakan Harith Samsuri di minit ke-12 selepas dia memanfaatkan sepakan sudut Luqman Hakim.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Jovan Motika meledak gol kedua namun jaringan pada minit 24 dibatalkan ekoran offside.
Tiga minit kemudian pelawat menambah gol hasil tandukan N Javabilaarivin yang menyambut hantaran Joseph Esso hasil serangan balas pantas.
Lima minit sebelum berakhir babak pertama, penyerang import Red Giants, Willian Lira yang dikritik hebat sebelum ini berjaya merapatkan kedudukan 2-1, sekali gus gol sulungnya bersama Selangor musim ini.
Bersambung babak kedua, tuan rumah membuat beberapa pertukaran bagi menambah sengat di jentera hadapan.
Namun NSFC sebaliknya meraih gol ketiga di minit 80 hasil gerakan solo pemain gantian dari Jepun, Mio Tsuneyasu untuk menewaskan Kalamullah Al Hafiz.
Selangor cuba bangkit dan Faisal Halim yang masuk menggantikan Aliff Izwan menggamatkan stadium dengan gol kedua di minit 85, sekali gus merancakkan suasana di MBPJ.
Kedudukan 3-2 kekal milik NSFC namun kemenangan itu masih belum mampu menghalang Selangor untuk mara ke separuh akhir menempah pertemuan dengan Sabah selepas ini.
Selangor lepasi ujian NSFC, jumpa Sabah di separuh akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.