Sabah mara ke separuh akhir Piala FA hasil sentuhan berbisa Mujagic
Sabah mara ke separuh akhir Piala FA hasil sentuhan berbisa Mujagic

Kota Kinabalu: Hatrik penyerang import dari Bosnia, Ajdin Mujagic membantu Sabah FC menewaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) 3-1 di Stadium Likas, malam ini sekali gus membawa mereka ke separuh akhir Piala FA dengan kemenangan agregat 5-2.
Mujagic meletakkan juara 1995 itu di depan seawal minit ke-10 sebelum menambah gol kedua 10 minit kemudian dan melengkapkan hatriknya menerusi sepakan penalti pada minit ke-56.
Gol sagu hati Kelantan TRW pula dijaringkan pemain pertahanan kanan dari Filipina, Simen Lyngbo pada minit pertama masa kecederaan babak pertama.
Sabah akan bertemu Selangor FC pada separuh akhir manakala juara empat kali Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berdepan Kuching City.
Semalam, JDT mengesahkan tiket ke separuh akhir selepas menewaskan Penang FC dengan agregat 5-1, manakala Kuching City mencipta sejarah mara buat kali pertama selepas menyingkirkan Terengganu FC 5-3 secara agregat.
Sabah mara ke separuh akhir Piala FA hasil sentuhan berbisa Mujagic
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.