Polis sahkan temui mayat wanita tidak berpakaian, tangan diikat
Polis sahkan temui mayat wanita tidak berpakaian, tangan diikat

SERDANG:
SERDANG: Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan tidak berpakaian dan tangan terikat di kawasan semak berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, jasad wanita itu ditemui orang awam yang kemudian membuat laporan pada 3.45 petang.
“Balai Polis Serdang menerima panggilan telefon berhubung penemuan mayat seorang wanita warganegara belum dipastikan dalam keadaan tidak berpakaian dan tangan diikat.
“Tinggi mangsa ialah 144 sentimeter, berambut perang dan panjang melepasi paras bahu, berkuku panjang, memakai subang perak di kedua telinga, memakai gelang kain berwarna hijau dan merah serta memiliki tatu di tangan kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati kepada pelaku sekiranya disabitkan kesalahan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di talian 0380742222,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Terdahulu akhbar melaporkan misteri bau busuk berhampiran Jalan Anggerik, Seri Kembangan, terungkai apabila polis menemukan satu jasad manusia di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.