Pemilik syarikat pembeka makanan direman kes tuntutan palsu RM450,000
Pemilik syarikat pembeka makanan direman kes tuntutan palsu RM450,000

PUTRAJAYA: Seorang pemilik syarikat pembekal makanan direman kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu untuk tuntutan bekalan makanan program latihan kemahiran bernilai kira-kira RM450,000.
Perintah reman selama tiga hari bermula 28 Oktober hingga esok itu dikeluarkan Majistret Izra Zulaikha Rohanuddin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi semalam.
Menurut sumber, suspek wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan sekitar jam 8.45 malam Isnin lalu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.
“Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2018 dengan mengemukakan tuntutan bekalan makanan sebuah program latihan kemahiran kepada agensi kerajaan melalui sebuah yayasan di ibu negara.
“Hasil siasatan awal juga mendapati beberapa nama peserta yang digunakan bagi tuntutan itu menafikan pembabitan dalam program latihan kemahiran berkenaan, malah bekalan makanan itu juga didakwa tidak dilaksanakan sebagaimana dalam permohonan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Sementara itu Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Pemilik syarikat pembeka makanan direman kes tuntutan palsu RM450,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.