Pekerja ladang warga Indonesia maut disambar buaya di Niah

Pekerja ladang warga Indonesia maut disambar buaya di Niah

Pekerja ladang warga Indonesia maut disambar buaya di Niah
Foto hiasan

MIRI: Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut selepas disambar buaya ketika mengambil air di tebing sungai berhampiran Ladang Tanjung Payung Suai, Niah, Jalan Persisir Pantai Miri-Bintulu hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan, memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 11.34 pagi dan menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 44 kilometer dari balai berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi pada jam 12.19 tengah hari, pasukan yang diketuai Ketua BBP, Pegawai Bomba Tinggi II Rary Binjie memulakan operasi pencarian dengan liputan radius kira-kira 700 meter ke hulu dan hilir sungai.

“Berdasarkan keterangan saksi, mangsa seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhlis Tentra, 47, sedang mengambil air bersama dua rakan untuk diisi ke dalam tong racun di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran sebelum disambar seekor buaya,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan mangsa dilihat sempat menghulurkan tangan meminta pertolongan sebelum ditarik ke dalam air oleh buaya berkenaan dan terus hilang daripada pandangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Mayat mangsa ditemukan pada jam 4.40 petang, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian dalam keadaan tidak sempurna sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Pekerja ladang warga Indonesia maut disambar buaya di Niah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker