Misteri ‘awan hitam’ jatuh dari langit
Misteri ‘awan hitam’ jatuh dari langit

JAKARTA – Penduduk di daerah Subang, Jawa Barat gempar dengan kemunculan beberapa gumpalan menyerupai ‘awan hitam’ yang jatuh ke kawasan pertanian dan sawah padi, lapor portal berita DetikJabar hari ini.
Kejadian luar biasa itu mencetuskan panik dalam kalangan penduduk yang tertanya-tanya sama ada fenomena tersebut ada kaitan dengan aktiviti semula jadi atau cuaca ekstrem.
Namun, Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Bandung mengesahkan bahawa fenomena berkenaan bukan disebabkan oleh proses semula jadi.
“Berdasarkan hasil kajian awal aspek meteorologi, fenomena tersebut tidak termasuk dalam kejadian alam yang disebabkan oleh proses cuaca, awan atau aktiviti atmosfera lain,” kata Ketua BMKG Bandung, Teguh Rahayu dalam kenyataannya hari ini.
Hasil pemerhatian menunjukkan gumpalan hitam itu kemungkinan besar berpunca daripada aktiviti di permukaan bumi, bukan daripada proses atmosfera.
“Namun, bagi memastikan sumber serta kandungan bahan tersebut, disarankan agar pemeriksaan lanjut dilakukan oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar atau Agensi Pengurusan Bencana Daerah setempat,” tambahnya. – AGENSI
Misteri ‘awan hitam’ jatuh dari langit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.