Liverpool terus derita, dimalukan Palace di Anfield
Liverpool terus derita, dimalukan Palace di Anfield

Liverpool: Derita Liverpool di bawah kendalian Arne Slot semakin parah apabila dibelasah 3-0 oleh Crystal Palace dalam aksi Piala Liga di Anfield, awal pagi tadi, sekali gus menyingkirkan mereka dan menghadiahkan tempat ke suku akhir buat skuad pelawat itu.
Bintang sensasi Senegal, Ismaila Sarr, menjadi wira kemenangan Palace apabila meledak dua gol, manakala Yeremy Pino melengkapkan pesta jaringan pasukannya di depan penyokong The Reds yang jelas kecewa dengan prestasi hambar skuad kesayangan mereka.
Slot membuat keputusan merehatkan sebahagian besar pemain utama, langkah sama diambil beberapa kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) lain, namun ia mengundang padah apabila Liverpool kini tewas enam daripada tujuh perlawanan terakhir dalam semua kejohanan.
Aksi di Anfield berlangsung seimbang sehingga minit ke-41 apabila pertahanan Liverpool, Joe Gomez, melakukan kesilapan ketika cuba mengeluarkan bola, sebelum Sarr pantas melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Freddie Woodman.
Dalam hujan lebat yang menggambarkan kekecewaan penyokong tuan rumah, Sarr sekali lagi menghukum Liverpool selepas menerima hantaran cantik Pino untuk menjadikan kedudukan 2-0 sebelum rehat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Keadaan bertambah buruk buat skuad The Reds apabila pemain muda Amara Nallo dilayangkan kad merah pada minit ke-79, kad merah kedua dalam dua penampilan seniornya, selepas mengasari Justin Devenny.
Palace kemudian menambah luka Liverpool menerusi jaringan ketiga oleh Pino pada minit ke-88.
Slot mengakui keputusan itu sangat mengecewakan: “Ini bukan standard Liverpool untuk tewas enam daripada tujuh perlawanan,” katanya kepada Sky Sports.
“Setiap perlawanan Liverpool adalah wajib menang, tidak kira siapa lawannya.”
Kekalahan ini juga mencatat sejarah suram apabila Liverpool tewas aksi piala domestik di Anfield dengan perbezaan tiga gol tanpa jaringan buat kali pertama sejak Februari 1934, ketika dibenam Bolton 3-0 dalam saingan Piala FA.
Lebih memeritkan, Palace sudah menewaskan Liverpool sebanyak tiga kali dalam tempoh tiga bulan, sesuatu yang jarang berlaku.
“Saya sendiri tidak pasti berapa kerap perkara seperti ini berlaku, tapi pujian penuh harus diberi kepada pemain saya,” kata pengendali Palace, Oliver Glasner.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Juara bertahan Newcastle United mara ke suku akhir selepas menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 di St James’ Park hasil jaringan Fabian Schar dan Nick Woltemade.
“Kami buat lapan pertukaran, tapi semangat dan identiti pasukan kekal. Sikap pemain dari minit pertama amat membanggakan,” kata pengurus Newcastle, Eddie Howe.
Sementara itu, Arsenal turut mara selepas menundukkan Brighton & Hove Albion 2-0 di Emirates.
Pemain berusia 18 tahun, Ethan Nwaneri, membuka jaringan pada minit ke-57 sebelum Bukayo Saka menggandakan kedudukan pada minit ke-76.
“Malam yang cukup istimewa. Dua pemain muda, Max Dowman (15 tahun) dan Andre Harriman-Annous (17 tahun), buat penampilan pertama. Ia satu detik yang unik,” kata Mikel Arteta.
Manchester City pula dikejutkan kelab divisyen dua, Swansea City, apabila Goncalo Franco membuka jaringan pada minit ke-12.
Namun, City bangkit menerusi Jeremy Doku, Omar Marmoush dan Rayan Cherki untuk menang 3-1.
Di Molineux, Chelsea hampir dikejutkan kebangkitan lewat permainan Wolverhampton Wanderers sebelum menamatkan aksi penuh dramatik dengan kemenangan 4-3.
The Blues bermula garang apabila mendahului 3-0 menerusi jaringan Andrey Santos, Tyrique George dan bintang muda Brazil, Estevao.
Namun, tuan rumah tidak mudah mengalah apabila Tolu Arokodare dan David Moller Wolfe merapatkan kedudukan.
Chelsea kehilangan Liam Delap yang dilayangkan kad merah pada minit ke-86, namun Jamie Gittens menambah gol keempat tiga minit kemudian sebelum Wolfe sekali lagi menjaringkan gol di masa kecederaan, tetapi ia tidak cukup untuk menghalang kemaraan pasukan lawan.
Liverpool terus derita, dimalukan Palace di Anfield
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.