Libas anak kandung dengan parang, penganggur dipenjara 4 tahun
Libas anak kandung dengan parang, penganggur dipenjara 4 tahun

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melibas anak perempuannya berusia sembilan tahun dengan sebilah parang hingga menyebabkan kecederaan pada kaki kiri mangsa.
Hakim Mazuliana Abdul Rashid menjatuhkan hukuman itu terhadap K Vejesh, 49, selepas dia mengekalkan pengakuan bersalah pada tarikh jatuh hukum hari ini dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap iaitu pada 22 Oktober lalu.
Vejesh didakwa dengan sengaja mencederakan anak kandungnya di sebuah unit pangsapuri di Setapak di sini pada jam 1.30 pagi, 22 Oktober lalu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama.
Seksyen 324 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, manakala Seksyen 326A pula berdepan dengan hukuman penjara selama tempoh dua kali ganda tempoh maksimum, jika sabit kesalahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, polis menerima laporan tertuduh telah melibas sebilah parang hingga terkena anaknya, sebelum mangsa dirujuk ke sebuah hospital dengan doktor mengesahkan terdapat kesan luka empat hingga lima sentimeter pada kaki kiri kanak-kanak itu.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Radzuan memohon hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh dengan mengambil kira mangsa dalam kes itu adalah anak kandungnya, manakala Vejesh tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.
Libas anak kandung dengan parang, penganggur dipenjara 4 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.